Thursday, September 23, 2010

Takdir Hidupku..


Tuhan,

Pernah hati ini kecewa..

Pernah hati ni menangis..

Gusar..

Bimbang..

Akan hal duniawi..

Apatah lagi akhirat abadi..





Tuhan,

Mehnah dunia..

Tohmahan fitnah..

Caci maki..

Mainan dunia yang sukar dilepaskan..

Namun,

Tidak sesekali buatku berpaling..

Malah bertambah yakin..

Akan kehebatan-MU..

bahawa..

Tiada yang Maha Mengetahui selain-MU..

Akan kebenaran yang pastinya KAU ketahui..



Namun,

Harusku akui..

Inilah dugaan..

Inilah ujian..

Satu persatu aku ditunjuk..

Aku terduduk..

Aku tertunduk..

Betapa hancurnya hatiku Ya Allah..





Ya Allah,

Yang diharap..

Berpaling mengikut nafsu..

Goyahnya kesabaran..

Lupakan janji-MU..

Baran beraja..

Setiap sudut menolak inci ketabahan hidup..





Ya Robbul I'zzati,

Harapanku..

cahaya-MU..

Semoga ketenangan abadi..

terpancar pada diri..

Semoga ketabahan diri..

Pencetus inspirasi hidup ini..


2 comments: