Tuesday, October 12, 2010

Muhasabah : MESEJ adalah pintu ZINA



suatu petang di sebuah kediaman..


aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..


adikku lalu memulakan bicaranya : "abang, leh adik bertanya?"


aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..


"ada apa dik?"


adikku tersenyum keriangan : "abang, abang pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"


aku tersenyum dan mengangguk..


adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu bang?"


aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"


kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..


kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"


aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"


adikku mengeleng : "tak tahu"..


aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..


Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..


seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..


adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram bang?"


aku tersenyum : "mesej"


adikku berkerut : "kenapa bang, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun bang, macam mana boleh dikatakan haram?"


aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya abang segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya, abang jawablah"


adikku terus mencelah : "eh, kenapa bang?"


aku terdiam seketika dan menjawab : "abang dulu pun pernah main mesej dengan perempuan bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"


adikku mengeleng : "tak boleh macam tu bang, abang ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, abang juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu bang?"


aku tersenyum : "bagus adik abang ni..baiklah..


perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..


tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...


Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..


namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"


adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya bang?"


aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam abang dah lah, abang ni jahil dik, jahat pulak tu"


adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu bang, kalau abang jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik abang, tak gitu bang? dan lagi satu, abang juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"


aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"


wallahua'lam..





P/s : copy n paste from http://ambo21.blogspot.com/

2 comments:

  1. Salam ukhwah..
    err, kak nk tnye, mcm mne pulak
    klu cntoh tgh main game fb (hhehe :D ),
    org tu stiap hr hntar hdiah game tu kat ana,
    patut ke ana blas hdiah tu biarpn dlm game fb?
    klu blas tmbah org tu nk bg hdiah dlm game.
    kdg buat mnyampah pulak..
    tp ntah ana boleh t'ingt kat die..
    Hrp akk fham soaln yg ana ajukn td.
    Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  2. p/s: org tu s'org ikhwan

    ReplyDelete