Friday, July 2, 2010

Maafkan adik,angah..



Angah,

Tidak pernah disangka,silaturrahim yang terbina ini terlalu cepat berakhir..Banyak perkara yang ingin diluahkan.. banyak sekali yang nak dikatakan.. Kadang2 timbul rasa putus asa dalam diri.. Semua yang adik lakukan telah disalah anggap. Kebenaran telah adik ketahui tapi apelah daya untuk menolak segala ketentuan-NYA..


Angah,

Jika digagahi diri ini untuk berterus-terang dengan segala yang berlaku,akan adik berkata kebenaran itu.. Tunjukkan yang adik tidak bersalah.. Tapi bila difikirkan,bila adik ikut kata-kata angah,Alhamdulillah satu persatu adik tahu kebenaran itu.. seorang yang dianggap kawan,rupanya batu api kepada kawan sendiri.. seorang yang dianggap sahabat,pernah lalui suka duka bersama ,tidak lagi dianggap sahabat.. dan seorang yang dianggap sahabat yang paling adik sayang,terpaksa adik lukakan perasaannya..


Memang diakui,banyak kekurangan yang ada pada diri ini.. tapi persahabatan yang pernah ada,memang sukar untuk dilupakan.. kerana sahabat itu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai buat seorang teman.. Bila perpisahan itu terjadi,adik yakin adik sanggup berpisah kerana kebenaran..


Angah,

Adik mohon maaf tidak dapat menunaikan amanat yang terakhir kalinya. Bukan adik tidak mahu tunaikan,tapi kepercayaan yang telah dibina selama ini terlalu rapuh untuk dipertahankan.. persahabatan yang dibina dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” ini terlalu cepat disudahi dengan “Innalillah” . Sungguh angah,biarpun terasa berat dgn dugaan ini, adik yakin adik dapat bangun dengan penuh semangat yang telah angah sulamkan.. Segala dorongan dan sokongan dari angah selama ini,InsyaAllah adik tidak akan sia-siakan..


Teringat akan kata-kata angah dulu..

“Ape jua yg berlaku,terimalah dgn hati yang terbuka.. Terimalah dengan redha.. Kepercayaan dalam persahabatan amat penting.. adik harus ingat,Allah takkan membebani seseorang itu selagi mana dia mampu untuk menghadapinya..”

Kata-kata angah,adik akan selalu ingatinya.. Terima kasih atas nasihat yang angah berikan..


Angah,

Bila bercakap tentang kenangan,terlalu banyak untuk dirungkaikan.. Syukur pada-MU Ya Allah.. menganugerahi hamba seorang abang yang terlalu baik.. Syukran Ya Allah.. syukran lillah..

No comments:

Post a Comment