Monday, June 21, 2010

~~FaEzAh~~


Sahabatku..

Bila kau katakan ini,kita selalu putuskan untuk ambil yang itu..

Bila aku katakan di sini,kita mesti akan putuskan untuk tunggu di sana.. hehe..

Betapa kurindukan kenangan kita bersama sahabatku..

Di saat dikau berduka,akulah pengubat hati nan lara..

Di saat aku bersedih,kaulah tempat aku menangis..

Sungguh indah persahabatan atas titian silaturrahim yang hadir kerana-MU

Ya Allah..

Sungguh,aku amat bersyukur mengenalinya kerana-MU Ya Rabb..


Sahabatku..
Sesungguhnya nilai sebuah kenangan itu lebih mahal dari segalanya..

Andai bahagia bersama kita,ke akhirnya cinta dan kasih-sayang akan terus bersemi..


Sungguh wahai sahabatku..

Sehingga kini,kau tetap dihatiku..

Sehingga ke akhir hayatku,kasih-sayangku takkan beralih darimu..


Faezah..

Betapa peritnya untukku hadapi perpisahan kita..

Betapa sakitnya untukku terima takdir kita..

Namun, segalanya kehendak Yang Maha Kuasa..

Siapa kita untuk menghalanginya, sayangku..

Perpisahan kita,kuterima jua dengan Redha..

Perpisahan kita bagiku tiada lagi perpisahan kedua..

Kerana aku hidup di sini bersama kenangan kita..


Sayangku..

Mungkin hari ini bukan masanya untukku katakan padamu..

Tetapi,ketika aku membaca warkah terakhirmu..

Hatiku terasa pilu..

Jiwaku meronta ingin mendapatkanmu..

Sesungguhnya kaulah sahabat yg sebenar-benar sahabat buat diri ini..
Tapi,apalah dayaku sayangku..

Tiada lagi kau di sisi..

Tiada lagi kau di sini..

Tiada lagi kau di dunia ini..



Ya Allah Ya Tuhanku..

Hamba mohon pada-MU..

Kuatkanlah Imanku..

Kuatkanlah hatiku..

Agar aku terus bersama-MU menuju takdirku..



Ya Allah,
Seandainya Engkau menerima segala amalanku di dunia ini..
Seandainya Engkau Redha dgn Keredhaan yg diberikan oleh kedua ibu bapaku terhadap diri ini..
Aku mohon..
Aku memohon kpd-MU Ya Allah..
Janjikan aku..
Atas kebaikan amalanku di dunia ini..
Untuk menarik kedua-dua IBU BAPAKU,keluargaku..
Juga sahabatku bersamaku di syurga..
Dan hindarilah kami dari azab api neraka-MU Ya Allah..

Amin Ya Robbal A'lamiinn..


Selama-lamanya kasih-sayangku tetap bersamamu.. Faezah..
DEAR GOD, I MISS EVERYTHING ABOUT HER..

2 comments:

  1. nice... mengalir air mata read it...
    tabahkanlah hati menerima suratan takdir wahai sahabat.

    ReplyDelete
  2. syukran kathir smua.. juz karang ape yg bermaen di pkiran je.. lgpun, she is my bestfriend 4 ever n ever.. =).

    ReplyDelete