Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak?
Apakah perlu dia pandai mengambil hati?
Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri?
Atau..
Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya?
Satu hala tuju dan matlamat yang selari?
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya?
Atau..
Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama?
Membantu bila sahabatnya kesusahan?
Atau..
Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah?
Dia menegur apabila sahabatnya lupa..
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..
Kenapa mesti kita bersahabat???
1.Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan.
Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa.
Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..
2. Sahabat adalah cermin diri kita.
Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian.
Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian.
Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..
3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik.
Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api.
Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...
No comments:
Post a Comment