Thursday, September 30, 2010

Sosial Seorang Muslim..





Hadith Ibn Umar r.a,"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu,adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu"

(At-Thirmidzhi 2507,Ibn Majah 4302)



Thursday, September 23, 2010

Takdir Hidupku..


Tuhan,

Pernah hati ini kecewa..

Pernah hati ni menangis..

Gusar..

Bimbang..

Akan hal duniawi..

Apatah lagi akhirat abadi..





Tuhan,

Mehnah dunia..

Tohmahan fitnah..

Caci maki..

Mainan dunia yang sukar dilepaskan..

Namun,

Tidak sesekali buatku berpaling..

Malah bertambah yakin..

Akan kehebatan-MU..

bahawa..

Tiada yang Maha Mengetahui selain-MU..

Akan kebenaran yang pastinya KAU ketahui..



Namun,

Harusku akui..

Inilah dugaan..

Inilah ujian..

Satu persatu aku ditunjuk..

Aku terduduk..

Aku tertunduk..

Betapa hancurnya hatiku Ya Allah..





Ya Allah,

Yang diharap..

Berpaling mengikut nafsu..

Goyahnya kesabaran..

Lupakan janji-MU..

Baran beraja..

Setiap sudut menolak inci ketabahan hidup..





Ya Robbul I'zzati,

Harapanku..

cahaya-MU..

Semoga ketenangan abadi..

terpancar pada diri..

Semoga ketabahan diri..

Pencetus inspirasi hidup ini..


Friday, September 10, 2010

Akhirnya.. Kau pergi jua.. =(.

Ya Allah..
Ramadhan yang diharap..
Begitu sempurna untuk kali ini..
Begitu indah kulalui..
Bagitu sayang ku tinggali..
Ya Rabbi..
Apakah Ramadhan kali ini..
Ramadhan terakhir bagi diri ini??
Begitu indah hamba lalui..
Seumpama memberi harapan baru untuk pertama kali..
Ya Rahman..
Sungguh hamba akui..
Begitu banyak ujian diri ini lalui..
direndah..
dihina..
dicaci..
Seumpama hamba seorang wanita yang tiada pegangan diri..
Tapi,
Sungguh..
Syukur Alhamdulillah..
saat hamba menerima dugaan-MU..
Hamba terasa kekuatan dalam mencintai-MU..
biar berkali hamba dimehnah..
biar beribu kali hamba dicaci..
hanya satu yang hamba yakin..
yakni..
Keyakinan hamba terhadap-MU..
kerana..
JANJI-MU JANJI YANG PASTI..
Terima kasih Tuhan..
Ramadhan kali ini..
banyak merubah diri hamba..
DAN..
kerana ini..
hamba berani bersumpah atas nama-MU..
kerana KESABARAN..
kerana KEBENARAN..
kerana KEYAKINAN..
terhadap-MU TUHAN..
YANG MAHA MENGETAHUI..
Sungguh Ya Allah..
Ramadhan kali ni..
banyak merubah diri ini..
untuk setia n cinta kepada YANG SATU..
Tuhanku..
alangkah indahnya..
Ramadhan yang ku raikan ini berpanjangan..
alangkah indahnya..
Ramadhan yang ku rindukan ini bersama setiap masa..
Tetapi..
harusku mengerti..
pada akhirnya..
kau mesti pergi..
tinggalkan kami..
untuk ingatkan kami..
sabar menunggu..
hadirnya kau kembali..
Ya Ramadhan..
Semoga kehadiranmu kali ini..
Bukan terakhir bagi diri..
Semoga..
Cintaku pada Ramadhan..
Sentiasa mekar di taman hati suci..