Ramadhan, Teramat rindu hati ini padamu, Yang membawa seribu erti, Menguji jati diri, Sejauhmana cintaku pada Ilahi..
Ramadhan, Hadirmu amat kunantikan, Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati, Segar mengharum di bingkai rohani, Menjadi inspirasi pengabdian diri , Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam, Allah Rabbbul’alamin..
Ya Allah..
Apakah Ramadhan kali ini.. masihku temui?? Masih ada kesempatan diri ini untuk terus bersama-MU?? Dapatkah aku bersamanya lagi?? Berpuasa menahan segalanya.. Hadir terawih bersama mensyukuri setiap kejadiaanMU?? Titisan taubat di satu pertiga malam?? Menanti Al-Qadar-MU yang penuh indah??
Tuhan, Basahnya pipiku setiap kali hadirnya seruan-MU.. Ramadhan yang sememangnya ku nantikan.. ku rindukan.. Hingga.. tidak dapat kuberkata betapa syukurnya diri ini akan seruanMU..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, Wa Marhaban Minkum Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku, Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa, Melaksanakan Sunnatullah, Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..
Biar lahirku selepas Ramadhan, Laksana bayi yang suci bersih, Tanpa noda dan dosa..
Wanita……. Diraut wajahmu penuh kelembutan tutur bicaramu penuh hikmah langkahmu seiring dengan lelaki dalam menengak kalimah Allah…..
Senyummu dalam perjuangan tidak pernah utuh walaupun menghadapi tomahan manusia yang tiada tahu beriman pada yang maha esa……..
Titipan seribu demarga menghiasi sifat budi perkerti, kalaulah siti khadijah penyeri baginda bila suamimu di cerca dan di hina dalam masyarkat yang jahil…..
Tiada siapa yang boleh mendampinggimu,ketabahan dan kesabaran yang jitu yang lahir dari dalam jiwamu…..
"Seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah"
Tidakku sedari, tidakku mengerti, Hadirnya dirimu, Sufi, Mencipta memori.. Tidakku fahami, tidakku pasti, Apakah perasaan ini, sesuatu yang terbit di sanubari.. Kini.. Timbulnya mentari hingga malam hari, Ku bertanyakan Ilahi, Ku soal hati, Ku selami nurani. Namun.. Tuhan ingin menguji, tabahnya hati, Bintang hatiku pergi, tidak lagi di sisi, Harapan ku mati, gugur ke bumi, Bicaraku terhenti, tinggal misteri. Hilangnya dirimu, bersama mimpi, Tersentak aku dari fantasi, Dan kini, yang pasti, realiti, Kasih belum termiliki... Sepi! Aku sendiri. Masih berlari. Menempuh perjalanan yang sunyi ini. Tuhan, Ku masih menanti. Ya Allah, Aku Lelah! Aku Pasrah! Tuhan, Ku ingin seperti mawar berduri, Sesegar embun pagi, seharum kasturi, sehangat matahari, seindah pelangi. Tuhan, Tidakku peduli lagi, cinta duniawi, Walaupun sendiri, Biar pun pertama di hati, Biarkan lah mati untuk terakhir kali. Tuhan, Berikan lah aku kunci, Untuk mencintai, Untuk mendekati, Dalam meneguk kasihMu nan suci, Kini aku pasti, CintaMu penuh erti, Cinta yang hakiki... Amin, Ya Rabb...
Tuhan.. Telah kupilih jalanMu Jalan yang mendekatkan aku padaMu Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Dan aku yakin sebenar-benarnya Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Untuk itu Aku tinggalkan dirinya padaMU
Sesungguhnya.. aku bertawakkal kepadaMU Ya Allah..
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Allah Maha Adil) [Hud: 56]
Hari ni kuberbicara…. Bicara yang amat halus… Monolog antara aku dan aku…..
Kukatakan pada DIRIku… “apakah engkau tahu,betapa sayangnya Dia padamu? betapa sayang dan rinduNya padamu?”
Lalu aku menjawab: “Ya, kurasakan dan kunikmati rasa kasih sayang dan rinduNya padaku”
Aku bertanya: “Apa buktinya engkau rasainya, sedang pintamu yang berkali-kali itu belum Dia iyakan?”
Kukatakan pula: “Aku yakin akan kasihnya, aku redha segalanya, kerana kutahu.. rindunya Dia padaku hingga dibiarkan aku merayu-rayu meminta padaNya, mengharap padaNYA YANG Esa, agar makin kukuh kasihku padaNya, agar aku tidak berputus asa…
kerana kujuga tahu… aku perlu yakin akan... takdir yang Dia tuliskan buatku….
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Batu Terapung dalam peristiwa Isra' Mikraj..
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. § Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). § Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). § Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. § Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. § Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. § Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. § Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. § Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. § Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. § Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Langit Pertama:Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. Langit Kedua:Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. Langit Keempat:Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. Langit Kelima:Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh:Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). Tangga Kelapan:Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 5. Selepas Mikraj Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).
cuba lihat titik-titik hitam di tengah2 pada kalimah Allah selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pd dinding kosong.. insyaAllah...lihatlah keajaibannya...(^_~)
Through tears and fights, Through smiles, I knew everything Would be alright, Through love and hate, Through betrayal and debate, For you I would always have faith, Being your friend as well as your Best friend I knew This friendship wouldn't end, By your side I would always stand And you'll stand by mine too, Because that’s what best friends do, So no matter what happens with us In life, Through all of the wrongs And all of the rights, I’m here for you to be a best friend that’s true, Cause I love you and that’s what Best friends do.
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.. Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah.. Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama..
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?? Isteri Rasulullah yang bijak.. Pendorong kesusahan dan penderitaan.. Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku Ya Allah.. Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah.. Akur dalam setiap perintah.. Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang.. Tiada memiliki harta dunia.. Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ya Allah.. Ketika aku marah.. Inginku intip serpihan sabar.. Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku.. Setabah umi Nabi Ismail.. Mengendong bayinya yang masih merah.. Mencari air penghilang dahaga..
Di terik padang pasir merah.. Ditinggalkan suami akur tanpa bantah.. Pengharapannya hanya pada Allah.. Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?? Mati dalam keunggulan iman.. Bersinar indah, harum tersebar..
Di suatu ketika Pernah kau hinggap ke sisiku Sayapmu terluka Kau pinta ku merawatinya
Dengan segala keterbatasan Aku mencari segala penawarnya Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata Kau terbang semula
Kemuncak yang ingin kau tawan Itulah jua yang ku impikan Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus Terbang ke langit menggapai awan
Demi kejayaan Ada harga perlu dibayar Ku menjadi perisaimu Bila panah menghujani kita
Apabila engkau merasa tercabar Kau anggap aku menjadi sainganmu Tidakkah engkau menyedari persamaan kita Hanya camar maya
Biarkan aku terbang melayang bersendirian Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang
Biarkan aku terbang melayang bersendirian Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang
Kemuncak yang ingin kau tawan Itulah jua yang ku impikan Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku Pergi bersama menongkah arus Terbang ke langit menggapai awan
Tidak pernah disangka,silaturrahim yang terbina ini terlalu cepat berakhir..Banyak perkara yang ingin diluahkan.. banyak sekali yang nak dikatakan.. Kadang2 timbul rasa putus asa dalam diri.. Semua yang adik lakukan telah disalah anggap. Kebenaran telah adik ketahui tapi apelah daya untuk menolak segala ketentuan-NYA..
Angah,
Jika digagahi diri ini untuk berterus-terang dengan segala yang berlaku,akan adik berkata kebenaran itu.. Tunjukkan yang adik tidak bersalah.. Tapi bila difikirkan,bila adik ikut kata-kata angah,Alhamdulillah satu persatu adik tahu kebenaran itu.. seorang yang dianggap kawan,rupanya batu api kepada kawan sendiri.. seorang yang dianggap sahabat,pernah lalui suka duka bersama ,tidak lagi dianggap sahabat.. dan seorang yang dianggap sahabat yang paling adik sayang,terpaksa adik lukakan perasaannya..
Memang diakui,banyak kekurangan yang ada pada diri ini.. tapi persahabatan yang pernah ada,memang sukar untuk dilupakan.. kerana sahabat itu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai buat seorang teman.. Bila perpisahan itu terjadi,adik yakin adik sanggup berpisah kerana kebenaran..
Angah,
Adik mohon maaf tidak dapat menunaikan amanat yang terakhir kalinya. Bukan adik tidak mahu tunaikan,tapi kepercayaan yang telah dibina selama ini terlalu rapuh untuk dipertahankan.. persahabatan yang dibina dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” ini terlalu cepat disudahi dengan “Innalillah” . Sungguh angah,biarpun terasa berat dgn dugaan ini, adik yakin adik dapat bangun dengan penuh semangat yang telah angah sulamkan.. Segala dorongan dan sokongan dari angah selama ini,InsyaAllah adik tidak akan sia-siakan..
Teringat akan kata-kata angah dulu..
“Ape jua yg berlaku,terimalah dgn hati yang terbuka.. Terimalah dengan redha.. Kepercayaan dalam persahabatan amat penting.. adik harus ingat,Allah takkan membebani seseorang itu selagi mana dia mampu untuk menghadapinya..”
Kata-kata angah,adik akan selalu ingatinya.. Terima kasih atas nasihat yang angah berikan..
Angah,
Bila bercakap tentang kenangan,terlalu banyak untuk dirungkaikan.. Syukur pada-MU Ya Allah.. menganugerahi hamba seorang abang yang terlalu baik.. Syukran Ya Allah.. syukran lillah..