Tuesday, January 11, 2011

Akhi Fillah.. Mengertilah..




Akhi Fillah..
Maafkan aku seandainya aku menjadi fitnah pada dirimu..
Maafkan aku andai aku menjadi asbab goyahnya semangat jihadmu..
Maafkan aku andai aku pelemah prinsip perjuanganmu..
sungguh aku tidak ingin semua itu berlaku..
Kerna kau mujahid muda..
Kerna kau pembela agama..
Kerna kau penerus risalah nabawiah..


Akhi Fillah..
Ku telah melabuhkan pakaianku agar terjaga pandanganmu..
Ku cuba menjaga ikhtilatku agar tinggi kehormatanmu..
Ku cuba menegaskan suaraku agar terkawal hatimu..
Ku cuba untuk tidak menyapamu agar terpelihara imanmu..
semua telah ku cuba lakukan..
Demi martabat mu..demi maruahmu…


Akhi Fillah..
Usah kau tewas dengan fitnah kaumku..
Kerna nilaianku padamu adalah..
sejauhmana teguhnya hatimu..
Sejauhmana tingginya prinsipmu..
Sejauhmana luasnya nilai agamamu..
Agar kau tidak tersunggkur dalam jurang fitnah..
Agar kau tidak tewas dari panahan mata ..
Agar kau tidak rebah dari hasutan nafsu durjana
..
Dari insan yang bergelar hawa..




Akhi Fillah..
Mengertilah..
Aku tidak ingin tergolong..
Sebagai fitnah terbesar akhir zaman
..
Tewasnya syabab-syabab harapan..
Sebagaimana sabda baginda rasul junjungan…

Monday, January 10, 2011

Kasih Seorang Sahabat..



Dunia seakan terhenti..
Saat merelakan kau pergi..
Perit rasa di hati..
Mungkinkah suatu saat nanti..
Kita akan bertemu lagi?

Kau yang terindah..
Pernah singgah..
Tatkala hidup gundah..
Seakan mahu menyerah..
Dan kau mengajar aku erti pasrah..

Dan bila kau pergi..
Nafasku turut terhenti..
Aku mahu kau disisi..
Sentiasa menemani..
Dikala senang dan sepi..
Tetapi Yang Esa lebih menyayangi..


Kau teman sejati..
Kau sahabat setia di hati..
Walau kau tiada disini..
Kau selalu diingati..
Moga roh kau dirahmati..
Jumpa disyurga nanti..
Insyaallah..