Monday, May 5, 2014

Wahai Purnama..







Wahai purnama...wahai purnama

Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...



Terangi kegelapan dan kebatilan...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...



Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2 kali)
Siang dan malam jua...(2 kali)



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2 kali)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana

Nak ku luah dengan kata-kata

Sunday, May 4, 2014

Ku Ingin Terbang

"Ku ingin terbang.."

Impian yang pernah diluahkan di dalam cerita dongeng 'Kura-kura dan Angsa". Impian si kura-kura yang ingin terbang meskipun ia tahu impiannya itu boleh membawa kesan yang buruk pada dirinya. Kesudahan ceritanya, ia berakhir dengan jayanya. Ia akhirnya terbang.. Impiannya terlaksana.. 




Impian.. 'ku ingin terbang..' dalam maksudnya.. punya tersurat.. ada yang tersirat.. Kadang-kadang Allah permudahkan,kerana itu ganjaran yang kita akan dapat.. Kadang-kadang Allah menyukarkan dan melambatkan, untuk kita terus berusaha dan terus berusaha tanpa henti.

Kuingin menjadi seperti kura-kura itu.. Impiannya terlaksana.. Walau apa pun berlaku, setia dan berusaha untuk mencapai impiannya. Dengan izin Allah, tiada satu pun akan dapat menghalang kecuali Allah.


Teringat kata-kata arwah sahabat,di dalam catatannya :

"Andai hidup ini susah buatmu, kau teruskanlah berusaha walau dalam kepayahan..
Andai hidup ini sukar buatmu, kau yakinlah suatu kemanisan akan berada disisimu..
Andai hidup ini payah buatmu, kau bangunlah perlahan-lahan bila suatu saat nanti, kamu akan terbiasa dengan  luka-luka disekelilingmu..
 Dan waktu itu,kamulah orang yang paling gembira atas usahamu.
Semuanya dengan izin-NYA.."


ku ingin terbang..

walau sesusah mana,sepayah dan sesukar apa, ku ingin terbang mencapainya..


-Kuingin bertemumu bila tiba saatnya nanti-
Al-Fatihah buatmu..

Thursday, May 1, 2014

Bersawang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama blog ni tidak diupdate.. Dah bersawang beberapa generasi lelabah di sini mungkin.. =).
Sampaikan semua aplikasi dalam ni dah nampak macam pelik.. template di tukar.. tapi.. mana yang lain?? aish.. mungkin silap dimana-mana..

Terasa, kuat merasa.. paling terasa, bagai diberi 'hint' mungkin..Keadaan tuan punya blog ni seperti blognya..
Dah lama tidak diupdate, dah lama tidak diupgrade..Imannya,akhlaknya,keyakinannya,kepercayaannya, sikapnya, sifatnya..
Allahurabbi..

Ya Allah, 
Andai hidup ini terasa sukar untuk meneruskan semua itu,
Kau berikanlah aku walau sesaat peringatan dariMu..
Agar aku sentiasa sedar akan adanya Mu buatku..

Ya Allah, 
Maafkanku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya..
Untuk melihat..
Untuk menerjah..
Natijah disebalik kesukaran ini..
Rahmat di sebalik ujian ini..
Dan..
Nikmat disebalik musibah ini..