Saturday, April 30, 2011

JANGAN Mengeluh, BERDOAlah..





Allah tahu ape kelebihan hamba-NYA.. tidak diduga-NYA andai tidak mampu untuk bertahan..

Tidak diuji-NYA andai tidak mampu untuk diuji.. Mungkin juga kaffarah dosa-dosa yang lalu.. Alangkah indah dan beruntungnya bila diberi peringatan sebegini..

JANGAN MENGELUH!! BERDOALAH..

DIA yakin dengan kita..


-Kuingin melihatmu tersenyum..

Kuingin menjadi sepertinya.. Mampukah aku ??




Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah ??
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah saw..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah Yang Agung..
Susah dan senang rela bersama
..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah ??
Isteri Rasulullah yang bijaksana..
Menempis fitnah dunia dengan kebenaran..
Pendorong kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku Ya Tuhan..
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah..
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan ayahandanya,yang sentiasa berjuang..
Tiada memiliki harta dunia..
Layaknya dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah..
Inginku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Kuingin memiliki jiwa dan hatiku..
Setabah ummi Nabi Ismail..
Mengendong bayinya yang masih merah..
Semata mencari setitik air penghilang dahaga..
Diterik panasnya padang pasir..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan..
Pengharapannya hanya pada Allah..
Itulah wanita Siti Hajar..

Mampukah aku menjadi wanita solehah ??
Mati dalam keunggulan iman ??
Bersinar indah, harum tersebar ??
Bagai wanginya pusara Masyitah ??

25 Jalan Pintas WANITA ke SYURGA..




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah(tetap).



Monday, April 25, 2011

A'sif Jiddan..



Terngiang-ngiang bisikan IMAN pada HATI:


Ada sesuatu tidak kena dan iman tidak sedap duduk dengan apa yang berlaku.

Ya Allah aku tidak pernah meredhai perkara itu. Ampunkan aku akan setiap KESALAHAN yang telah ku lakukan terhadap-MU..



Tunjukkan aku Ya Allah.. Hamba Mu ini amatlah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah pengabdian penuh kepada-MU..

Memerlukan masa untuk bersama-MU.. M
emerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan Memerlukan masa untuk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik segala ujian ini.. Aku mengatakan aku tidak kuat, tapi KAU mengatakan aku kuat kerana telah diberi ujian ini..

Ku mohon Ya Allah, jangan dijadikan aku kuntuman 'bunga' yang layu ini.. Meruntuhkan semangat suci damainya Islam dihati ini.. Untuk itu Ya Allah, terima kasih ingatkan aku akan perjuangan akidahku.. perjuangan Islamku semata-mata kerana-MU..

Ingin ku sedar Ya Allah.. Ingin ku tatap setiap kesalahanku.. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kulakukan Ya Allah.. Aku masih mahu merasai kemanisan nikmat-Mu bersama-MU, kerana indahnya SYURGA FIRDAUSI-Mu di SANA..

Sunday, April 24, 2011

Senyum.. Senyum.. Senyum.. =).


Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)..


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)..

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi)..

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim)..



Senyum sokmo!!


Lawa pun.. leh wat korban dah tu..




Senyum kambing.. memukau =p




=).




cute.. =).


Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan..

Monday, April 18, 2011

Syukur Alhamdulillah..


Hanya pada-MU Ya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..


Yang besar di mata ciptaan-MU, kecil di hadapan-MU..


Yang berat bagi umat-MU, ringan bagi-MU Ya Allah..



Dengan penuh kesyukuran pada-MU, terlerai segala bebanan hati yang ditanggung sekian lama.. Buat sahabat, daku memohon maaf dalam setiap kekhilafan yang tidak disengaja atau sengaja, sedar mahupun tidak..


Alhamdulillah..




sejuk mata memandang..



LEGA!!


Alhamdulillah..

Saturday, April 16, 2011

Pesanan Dari Seorang Sahabat..


Pesanan dari seorang sahabat,



"Jika Allah sentiasa di hatimu ,tiada apa yang harus engkau gusarkan..

Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpa dirimu adalah penebus dosa-dosamu..


Senyumlah sahabatku..

kerana kesakitan hatimu telah ditutup rapat dengan janji-NYA..


Bergembiralah..

Selagi jiwa dan hayatmu kearah FISABILILLAH.

Sesungguhnya hidup dan ajalmu hanya sekali cuma..

Jadikanlah perlaburan terbaik ini buat membeli JANNAH FIRDAUSI di dunia kekalmu.. "



Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah.. Syukran Lillah.. Dalam sakit lelahku dalam Ujian-MU.. terpancar indahnya cahaya daripada-MU.. Terima kasih pautkan hatiku pada-MU.. bersama-MU.. Terima kasih Ya Tuhanku.. =).





Suke ye kucing ni?? meh sini, sy dah datang ni =).. syukran to kak Eeya 4 the cute pic..

Tuesday, April 12, 2011

Berpisah kita kerana-NYA..

Tut tuut.. msg masuk!!

Sebaik je buka inbox, aku terus membuat panggilan.. Alhamdulillah syukur pada-MU Ya Allah.. adik Irfan skrg ni dah dapat keluarga baru.. dari Kuala Lumpur.. Khabarnya, keluarga itu akan berpindah ke Sabah minggu depan.. Agak jauh la kami dengan adik Irfan nanti.. hmm.. =(.

Phone ibu (pengetua rumah anak-anak yatim) beralih tangan.. adik Irfan.. terdengar esak tangisnya memanggilku.. Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui keadaan hatiku.. sebak sangat mendengar suaranya..

"Kak,Irfan xnak tinggalkan rumah ibu.. Irfan xnak tinggalkan kwn2 Irfan kat sini.. Irfan xnak pergi.. Irfan nak duk sini.."..

Tangisannya semakin lama semakin kuat.. Mungkin ini kali terakhir kudengar tangisan si kecil ini.. sebak rasenya.. terimbau segala kenangan yang telah diukir bersama.. Hanya kumampu, sabarkan dirinya n menasihatinya.. mungkin ini permulaan cabaran di dalam kehidupanmu.. Adik harus tempuh.. Ingat, Allah akan sentiasa bersamamu..

Banyak kenangan bersama si kecil ini.. Masa dy kecik2 dulu orang lain susah sangat nak pegang.. asyik berlari je keje dy.. hehe.. tapi cukup ngam dengan arwah Aiman.. bila dy nangis, tau pula dy cari aku.. Dari kecil lagi, ayat-ayat suci Al-Quran yang mendodoikannya hinggalah dy sekarang.. Cukup manja dengan kami berdua.. Adik Ilya n adik Farah la yang menjadi teman sepermainannya semenjak dy tinggal di rumah anak-anak yatim itu.. Suka tengok mereka senyum, ketawa bersama.. Kadang-kadang tu gaduh jugak.. xubah mcm arwah Aiman, suka sakat orang.. =).

Kalau nak diceritakan tentang kenangan ni mmg xkan habis.. kadang-kadang xleh nak diungkap dengan kata-kata.. Syukur Alhamdulillah, mengenalinya merupakan satu anugerah buatku.. bersyukur sangat dengan pemberian-MU ini Ya Allah.. walaupun hadirnya ia hanya untuk seketika,tetapi cukup bermakna buat kami semua.. Alhamdulillah..

Dik Irfan, akak doakan adik sentiasa dalam rahmat-NYA.. jaga hatimu.. jaga imanmu.. Terimalah mereka seadanya.. Anggaplah mereka seperti saudaramu sendiri.. Disebalik ketentuan Allah adanya hikmah tersembunyi.. Kuatkan hatimu dalam menempuh alam kehidupan ini.. Akak yakin,keluarga baru adik mampu mendidik adik dengan ilmu agama yang cukup.. Akak harap, adik xkan lupakan kenangan bersama.. akak, adik Ilya, adik Farah akan sentiasa doakan adik bahagia di samping keluarga baru adik.. Dik, mungkin kalau arwah abang Aiman masih hidup, arwah pun akan rase gembira dengan kehidupan baru adik ni.. Jaga dirimu baik2.. Jaga solatmu.. Jaga agamamu.. tulah satu-satunya yang akan menjadi peganganmu dalam kehidupanmu ini.. Bertemu kita kerana-NYA dan berpisah jua kita kerana-NYA..

Saturday, April 9, 2011

Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah









Xtau nape rase nak postkan video ni.. Teruja sangat rasenya bla dah tau sedikit sebanyak tentang tempat ekskavasi arkeologi yang akan kami lakukan di tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah bermula 8-22 Mei nanti.. Melihat video ni pn dah bleh agak mesti tido lam khemah 2 minggu ni.. Apepun, bla dah ada minat yang mendalam terhadap bidang arkelogi ni, cabaran ape pun InsyaAllah akan sedia kami tempuh.. Moga segala yang telah dirancang diperolehi keberkatan dan kemudahan di sisi-NYA.. ameen.. =).

Wajah Suci


Mestica - Wajah Suci..




Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan di buang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Tuesday, April 5, 2011

KemPen TangiSan Jiwa USM

Alhamdulillah, sekali lagi Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan 'Kempen Tangisan Jiwa II' setelah kejayaan Kempen Tangisan Jiwa I bersama mahasiswa n mahasisiwi dari UNIMAP n UUM pada semester lepas.. moga program kami sentiasa dirahmati-NYA setiap masa..
Pelancaran Kempen Tangisan Jiwa II yang dilancarkan pada 28 Mac 2011 lalu..


TerJah Sekolah!!

Alhamdulillah,tercapai target ke 40 buah sekolah di sekitar Pulau Pinang sehingga 14 April ni..



Salah satu design baju skuad KTJ II.. haaa.. lawa x?? =).

Yang ni, design depan..






Ni plak design belakang..

'Kami kutuk penderan kanak-kanak, pembuangan bayi' !!!


Ni salah sebuah sekolah yang kami terjah!!

SMK Hutchings..

p/s : AWAS!! maruah muslimah ini begitu bernilai di Akhirat..

WAJIB DILINDUNGI!!



NeWspAPEr the STAR punyer..



Jasa VAN 'Kempen Tangisan Jiwa'..

time kasih pak cik van.. =).



Button Badge..

ni lah yang kami bg kat adik2..

tp sebelum tu, JAWAB soalan kami dulu!!.. hehe

flyers n pelekat kereta pn kami edar.. =).








Tangisan Jiwa Seorang Anak..



Tuhan..

Tidak dipinta duniaku begini..

Tidak diminta kasih-sayangku dibalas begini..

Aku mahukan kehangatan kasih-sayang kedua ibu dan ayahku..

Aku mahukan cinta insan yang bergelar ibu dan ayah terhadap diriku..



Ibu..

Kenapa bu??

Kenapa kau buangku??

Apa salahku, ibu??



Ayah..

Dimana engkau,ayah ??

Dimana dirimu??

Kenapa kau siakanku??




Ya Allah..


Aku rindu kasih dan sayang-MU..

Melalui kedua-dua insan yang dianugerahkan kepadaku..

Ibu dan ayah..

Aku merindukan kehangatan cinta dari mereka..

Membelaiku dengan kedua tangannya..

Mencium pipiku..

Menidurkanku..



Ibu.. Ayah..

Salahkah aku dilahirkan di dunia ini??

Salahkah aku menagih cinta ini??

Salahkah aku, ibu?? ayah??

Selama 9 bulan kau mengandungkanku..

Selama 9 bulan kau membawaku..

Tidakkah kau mahu melihat diriku setelah itu??



Kenapa ibu?? Kenapa Ayah??

Kenapa kau membenciku??

Kenapa??

Kerana aku anak harammu??

Kerana aku bukan halal bagimu??

Sedang kau tahu,ibu..

Kau mencintai ayahku..

Sedang kau tahu,ayah..

Kau mencintai ibuku..

Aku terhasil dari cintamu..



Ibu.. Ayah..

Sungguhpun kau membencikanku..

Sungguhpun kelahiranku bukan kebanggaanmu..

Aku pinta padamu..

Jangan diulangi perbuatanmu ini..

Kerna aku..

Tidak sanggup melihat azabmu di akhirat..

Tidak sanggup melihat adikku jua diperlakukan sepertiku..

Tidak sanggup melihat kau terus-terusan di dalam kemurkaan-NYA..

Seuumur hidupmu..


Untuk itu,

Aku memaafkanmu..

Terima kasih melukakan hatiku..