Saturday, March 12, 2011

Muhasabah Hati : Manisnya solat taubat..

Pernah ku diajukan soalan ini dari salah seorang adik fesiku 2,3 hari yang lepas.. Soalnya :

Assalamualaikum kak, Irfan nak tanya bagaimana nak dapatkan rase kemanisan,nikmatnya solat taubat ?? Irfan xdpt rasekan.. Irfan takut taubat Irfan x diterima Allah.. Irfan nak minta ampun dengan Allah.. Irfan dah banyak buat salah.. Irfan pun nak selalu berdoa untuk arwah ayah n mak Irfan.. Irfan nak arwah mak n ayah Irfan masuk syurga..


Aku terpana melihat msg dari insan ini.. SubhanAllah.. betapa kagumnya diri ini terhadap seorang anak yatim piatu itu.. Anak soleh sekecil ini sudah dididik mengenal Penciptanya Yang Esa.. Dy rase ketakutan akan dosa-dosa yg dilakukan.. Dy merasa suka bila kerjakan solat2 sunat selain solat yang wajib dilakukan.. Dy diajar dan belajar dalam usaha mencari REDHA-NYA..

Pernahku tanya dirinya,mungkin soalan ini agak sensitif.. tp,perasaan ingin tahu juga usahaku menyelami perasaan si kecil ini,aku cuba juga.. n ini hasilnya :


Aku : dik,akak nk tny.. tp sblm tu akak nk minta maaf tau lau akak tny ni buat adik kesayangan akak ni tersinggung.. =p

Adik Irfan : Ala akak ni, Irfan cool je.. bleh.. (tersenyum)


Aku : Akak tgk adik senyum je.. cute.. adik suka tinggal di rumah anak yatim ni??



Adik Irfan : Irfan kan cool.. mestilah suka ramai kawan.. Irfan pun sedih juga kak, Irfan dah xada mak n ayah.. Irfan anak yatim piatu.. Tapi ustazah cakap, Irfan ada Allah..ibu (pengetua rumah anak-anak yatim) cakap mak ngan ayah excident mase nak pergi ke hospital.. Mak nak melahirkan adik Irfan.. tp adik Irfan meninggal dlm perut mak mase kemalangan tu..

dy sambung lagi..

Adik Irfan : kak nak tau x?? Irfan sayang mak ngan ayah.. Irfan ingat pesan akak, kalau kita sayangkan mak ngan ayah kita,kita kena jadi anak yang baik,selalu sedekah Al-fatihah untuk mereka.. betul kan kak?? dulu abg Aiman selalu ajar Irfan baca Al-Fatihah.. Irfan dah pandai hafaz dah kak.. Bila abg Aiman nak datang kak?? dah lama abg x tengok kami semua.. Irfan nak abg ajar Irfan baca surah yaasin..


Kata-kata dy buat ak terdiam seribu bahasa.. kagum sgt.. anak sekecil ini tahu Allah selalu ada untuknya.. mampukah ak sepertinya ??..

Perbualan kami terhenti seketika.. bukan ape, tgh fikir camne nak susun ayat nak jwb soalan dy.. boleh ke dy terima pemergian arwah Aiman ?? abg kesayangannya yang pernah mengajar dy mengaji,menghafaz Al-Quran ?? Dalam kerisauan ak,rase agak tenang slps melihat kejernihan wajah si kecil ini.. Bersedia meluahkan kebenaran.. dan Alhamdulillah, dy boleh menerimanya walaupun ada beberapa mutiara jernih telah menyentuh pipinya..

Agak lama ak bersamanya di rumah aak-anak yatim itu.. Alhamdulillah,aku n beberapa rakan lain dipelawa ibu untuk tinggal di situ beberapa hari.. n masa tu,ak ambil peluang sebaik mungkin.. teruskan ape yang arwah Aiman telah tinggalkan di rumah itu.. n syukur Alhamdulillah, kami masih mampu bergerak walaupun tanpa rakan seperjuangan,Allahyarham Tengku Muhamad Aiman.. Al-fatihah buat dirinya.. semoga hidupmu di alam sana dirahmatinya..InsyaAllah..

Lastly, tips ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk semua yang ingin mendapat rase nikmatnya dalam beribadah :


1) Bila bersolat sunat taubat, gunakan satu nafas untuk satu ayat dalam satu perbuatan.. InsyaAllah, akan ada rase kelainan pada hati, perasaan juga kesedaran diri kita..


2) Bila berzikir,letakkan kedua-dua telapak tangan di dada.. Rase tenang je bila mengalunkan zikr Allah..

InsyaAllah, moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat ubah kita untuk sentiasa dekatkan diri kita pada-NYA melalui hati n jiwa kita.. InsyaAllah.. =).