Monday, May 5, 2014

Wahai Purnama..







Wahai purnama...wahai purnama

Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...



Terangi kegelapan dan kebatilan...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...



Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2 kali)
Siang dan malam jua...(2 kali)



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2 kali)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata



Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii



Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana

Nak ku luah dengan kata-kata

Sunday, May 4, 2014

Ku Ingin Terbang

"Ku ingin terbang.."

Impian yang pernah diluahkan di dalam cerita dongeng 'Kura-kura dan Angsa". Impian si kura-kura yang ingin terbang meskipun ia tahu impiannya itu boleh membawa kesan yang buruk pada dirinya. Kesudahan ceritanya, ia berakhir dengan jayanya. Ia akhirnya terbang.. Impiannya terlaksana.. 




Impian.. 'ku ingin terbang..' dalam maksudnya.. punya tersurat.. ada yang tersirat.. Kadang-kadang Allah permudahkan,kerana itu ganjaran yang kita akan dapat.. Kadang-kadang Allah menyukarkan dan melambatkan, untuk kita terus berusaha dan terus berusaha tanpa henti.

Kuingin menjadi seperti kura-kura itu.. Impiannya terlaksana.. Walau apa pun berlaku, setia dan berusaha untuk mencapai impiannya. Dengan izin Allah, tiada satu pun akan dapat menghalang kecuali Allah.


Teringat kata-kata arwah sahabat,di dalam catatannya :

"Andai hidup ini susah buatmu, kau teruskanlah berusaha walau dalam kepayahan..
Andai hidup ini sukar buatmu, kau yakinlah suatu kemanisan akan berada disisimu..
Andai hidup ini payah buatmu, kau bangunlah perlahan-lahan bila suatu saat nanti, kamu akan terbiasa dengan  luka-luka disekelilingmu..
 Dan waktu itu,kamulah orang yang paling gembira atas usahamu.
Semuanya dengan izin-NYA.."


ku ingin terbang..

walau sesusah mana,sepayah dan sesukar apa, ku ingin terbang mencapainya..


-Kuingin bertemumu bila tiba saatnya nanti-
Al-Fatihah buatmu..

Thursday, May 1, 2014

Bersawang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama blog ni tidak diupdate.. Dah bersawang beberapa generasi lelabah di sini mungkin.. =).
Sampaikan semua aplikasi dalam ni dah nampak macam pelik.. template di tukar.. tapi.. mana yang lain?? aish.. mungkin silap dimana-mana..

Terasa, kuat merasa.. paling terasa, bagai diberi 'hint' mungkin..Keadaan tuan punya blog ni seperti blognya..
Dah lama tidak diupdate, dah lama tidak diupgrade..Imannya,akhlaknya,keyakinannya,kepercayaannya, sikapnya, sifatnya..
Allahurabbi..

Ya Allah, 
Andai hidup ini terasa sukar untuk meneruskan semua itu,
Kau berikanlah aku walau sesaat peringatan dariMu..
Agar aku sentiasa sedar akan adanya Mu buatku..

Ya Allah, 
Maafkanku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya..
Untuk melihat..
Untuk menerjah..
Natijah disebalik kesukaran ini..
Rahmat di sebalik ujian ini..
Dan..
Nikmat disebalik musibah ini..





Saturday, January 11, 2014

Kuntuman itu sudah layu..

Lemah, lelah, hilang kekuatan, hilang semangat.. Bila satu persatu yang hadir hanya singgah sebentar sebelum berlalu pergi.. Sabar, Redha, Tabah, Yakin.. itulah kuncinya.. Kadang-kadang ape yang diimpikan tidak menjengah pada diri.. Yang ingin dijauhkan, datang tanpa diminta..
Apa yang dilalui, tidak semestinya lancar segalanya.. penuh onak,cabaran dan perlu ditempuh walau letih dan perit.. Bebanan di bahu,dipikul dan akan terus memikul..

Jalannya?? Ada..

Penyelesaiannya?? Ada..

Kenapa masih tidak dapat diselesaikan?? Tidak semua akan berlalu dengan cepat.. mungkin masanya belum tiba lagi..

Tangisan itu?? Melepaskan dan meminta.. Kekadang,terasa sudah tidak mampu menjengah pipi..


Macam mana tu?? Melepaskan.. Sedikit sebanyak,dapat mengurangkan bebanan yang ada.. Selalu meminta pada YANG SATU,dipermudahkan segala kesusahan..

Bila di bawah, baru tahu siapa kawan dan siapa lawan.. Mudahnya ‘janji’ bila kuntuman senyuman hadir. Mudah juga lupa bila kuntuman itu layu.. Kesetiaan.. tercabar di situ.. Allahu Rabbi, hanya Engkau yang tahu.. Perlukah sindiran begitu?? Yang diminta,bukan untuk simpati atau kesian.. Tidak sama sekali.. Hadirnya, bukan untuk diperlakukan sebegini.. Ya, mungkin masih tidak nampak, masih tidak sedar..

  Kebenarannya.. hanya ada dikala kuntuman itu mekar sahaja.. Tidak di saat kelayuan.. hanya ada bila dipaksa, tidak secara rela.. Air siraman dan baja diberi.. Terasa layu begitu sahaja.. Tidak digunakan sepenuhnya.. Tidak juga untuk cuba  berkembang mekar..