Saturday, October 30, 2010

Pohon Semalu lambang WANITA SOLEHAH yang sebenar



ku melihat pada bunga mawar..

"indahnya bunga ini"..
"tingginya ia di atas pokok"

lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..

mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..

cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..





ku melihat pada semalu..

"erm..bunga apa ini"
"kat tapak kaki aje ia"

lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..

masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..

wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..

masya Allah..subhanallah..wallahua'lam..


wallahua'lam..
di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..

ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri...

sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)

apa perbezaan tu?

Mawar ~

sebuah pohon bunga indah..
keindahannya menarik mata manusia..
juga makhluk lain yang dicipta-Nya..
begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya..

mawar punyai batang berduri..
sungguh sukar untuk menyentuhnya..
tetapi keindahannya lebih menarik hati..
maka berlumbalah orang memetik dirinya..

namun benda yang indah..
sudah pasti akan mengusik hati sendiri..
bahawa aku ini indah..
maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..






pohon semalu ~

sebuah pohon yang adanya batang dan daun..
tiada pun keindahan padanya menarik perhatian..
berada di celahan lalang dan daunan..
begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan..

namun perasankah kita..
apabila menyentuhnya..
dia akan terus menyembunyikan dirinya..
begitu tinggi nilainya..
hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..

namun perasankah kita..
pohon semalu ada keindahanya..
kerana dia juga ada bunganya..
namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)

hayatilah sebaiknya..

dunia kini sudah berbeza..
wanita yang indah semakin ramai..
wanita sebegini memang mahal dirinya..
sukar untuk didekati andai tiada cara..

apabila cara mengena diri..
maka tunduklah wanita..
itulah ia mawar berduri..
walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..

tetapi...

wanita solehah..
adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya..
tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai..
menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..

wanita solehah..
akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam..
sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya..
maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..

wanita solehah..
apabila sudah memiliki suaminya..
maka setialah ia kepada suaminya..
disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..

itulah pohon semalu..
hanya kelihatan daun dan batang berduri..
tiada satu pun indah untuk melihatnya..
namun apabila tiba masanya..
ia bisa mengeluarkan bunga..
yang selama ini disembunyikan..




subhanallah..wallahua'lam..

copy n paste from : http://ambo21.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

Hidayah-MU.. Keinsafan hatiku..


Astaghfirullah..

"Ya Allah..aku tidak dapat menahan air mata ini dari membasahi laptopku ketika membaca kisah ini..ya Allah, aku mohon agar titisan ini menjadi saksi keinsafan hati dan jasad pada segala kemaksiatan dan kemungkaran pada-Mu yang telah aku lakukan pada-Mu ya Allah"..amin ya rabbi..

syukri fillah wahai sahabatku yang telah menghantarnya padaku..semoga Allah bersamamu dengan Iman dan Islam dan tempatkanmu dalam golongan muslim yang mukmin..amin ya rabbi..

...Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah...Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran...Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung...Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka...

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,
"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik..Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam..Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukum-Mu"..

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami..Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil..Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan)..Saya mengenalinya sewaktu di masjid..

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli..

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik..Dia bertanya kepada saya,
"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka sendiri, tanya sendiri"..
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri..

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh..Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah S.W.T kerana saya melihat perubahan yang ajaib..



ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat..

dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX..

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun)..Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah S.W.T agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan..

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu
, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik..Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari..Diari yang selalu adik tulis..Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya..Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..

di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu..

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah S.W.T dan bila Allah S.W.T berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..


Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah S.W.T, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah S.W.T, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?


Isteri jiranku : Duhai Annisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah S.W.T Yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah S.W.T..Duhai anakku Annisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua..pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalaam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepada kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah S.W.T murka..belum pernah Allah S.W.T murka sebelum dan sesudah hari itu..hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah S.W.T di padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Dunai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Agung, Yang Maha Adil..Allah S.W.T


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah..Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin ya rabbi..

subhanallah...kisah yang menggegarkan hatiku...kisah yang menyedarkan hatiku dari terus hanyut dengan kemegahan dunia..kisah yang membuka hatiku dari terus tertutup kenikmatan dunia..kisah yang menitiskan air mataku...subhanallah..astaghfirullah...semoga Allah tempatkan penulis dalam golongan muslim yang mukmin.. ameen ya Rabbi..

Thursday, October 14, 2010

Terima kasih Tuhan.. akan KETENANGAN itu..

Tuhan,
Ujian-MU hebat..
Hingga aku hampir tersungkur..
Menjengah rasa putus asa..
Tatkala keimanan semakin tipis..
Hilang dihanyut fitnah manusia yang menggila..

Tuhan,
Aku hamba yang leka..
Aku hamba yang lupa..
Aku hamba yang alpa..
Kasih-Mu tidak pernah pergi..
Hanya aku yang perlu mencari..
Setiap ruang..
Setiap sudut..
Dari mata hatiku yang satu..

Terima kasih Tuhanku,
Tatkala aku temui..
Agungnya kasih sayang-Mu..
Tatkala aku merasai..
Damainya ketenangan hatiku..
Memberi aku kekuatan..
Membawa aku ketabahan..
Mengharungi mehnah itu..

Terima kasih Ya Tuhanku,
Rintihan cintaku pada-MU..
Sentiasa KAU dengar..
Sentiasa KAU sahut..
Sentiasa KAU ingatkan..
yakni
KESABARAN..
KETABAHAN..
tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh
HATI yang sentiasa bersama-MU..

Semoga KEBENARAN yang KAU simpan,
Terbuka jua..
Bagai membuka mata setiap manusia..
Yang sibuk memburu nafsu..
supaya
BERTAUBAT..
MEMOHON AMPUN KEPADA-MU..

Tuesday, October 12, 2010

Rinduku pada OXFORD..

Syukran lillah.. akhirnya sampai jua diriku ke sana.. walaupun hanya untuk seketika,pancaran Ilmu sentiasa tersuluh di setiap sudut walau di mana kami berada.. Ilmu di dunia mahupun akhirat.. Bila terbaca artikel di site I luv Islam (University Of Oxford-Hizami Iskandar), teringat pahit manis pengalaman di sana.. Walaupn sebulan, syukur Alhamdulillah,setiap yang berlaku semuanya dari Allah..

Sesampainya di sana,kami di sambut dengan penuh kesyukuran n meriah oleh pelajar2 Malaysia.. Alhamdulillah,even kna ckp bahasa omputih pd mulanya ngn dyorg,last2,bahasa Melayu jugak jd bahasa pengantarnya.. hehe =). Lebih best,buleh kecek bahaso Qlate lg ngn senior tu.. toce to saudara Hafiz,Fahmi,kak Hazilah jga kak Raja.. mmg 1 kpala bla masuk gang dyorg.. tambah2 1 negeri Qlate.. goce btol2 budu sane.. haha

Bla sdg bersuka,akn ad jga sdikit sbanyak duka yg melekat di hati.. rupe2nya,dlm x sdar sndirian di tgh2 kwsn pengajian itu,ak disapa oleh salah seorang teman rapat arwah angah..
Ya Allah,pilunya hati bla satu2nya hasratku selain datang menimba ilmu ke sini ntk penuhi permintaan arwah.. Ya,xsilap lg.. Saudara Haikal n kak Ana.. gugur jga air mataku di bumi Oxford ni.. Saat ak hendak datang ke sini,doa jua harapan,sungguh2 ntk mlihat cita2 arwah angah yg telah trgantung di sini.. bakal doktor hafiz.. "Al-Hafeez Tengku Muhammad Nazrin Imran".. tu gelaran yang sepatutnya disandangkan buatnya.. Tp,Allah itu Maha Mengetahui.. cita-cita angah setakat ini.. melalui teman2 arwah,bnyk diceritakan angah tentang aku n sahabat.. ke mana saje angah pergi,slalu bercakap tentang aku n sahabat.. xhenti ckp,xjemu diingat.. itulah yg slalu kak Ana gtau aku tntg arwah.. alangkah indahny ukhwah itu bla tahu menghargai setiap persahabatan yang terjalin.. Ya,kasih syg arwah,aku jga sahabat xubah seperti abg n adik2nya.. tu lah cerita kami bertiga.. =).

Hari2 kami begitu busy ngn research yg dilakukan.. trpaksa minta prtolongn senior tunjuk bahan2 rujukan.. bkn xleh wat sendiri tau,library dy luas,besar lak.. ktaorg yg bgai "rusa masuk kampung" ni lagi ler xtau pape.. lgpn,sistem pmbelajaran kat sini agak berbeza ngn pembelajaran di Malaysia.. "nothing".. smua kna cari sndiri.. nangis lagi.. Alhamdulillah,hampir sminggu jgak cari rujukan,msk lab smata2 nk faham smuanya.. ni gara2 takut nk present la ni.. hehe.. group members mmg sporting,Alhamdulillah xde susah sngt.. (^-^). Tp yg tu juz latihan besa je,skadar nk rase pengalaman di U famous ni.. Kami dtg ke sini pn,bkn ntk bljr spenuhny cam dyorg.. cam lawatan pn ad.. camtu lah.. tp strict!! huhu..

Yang bestny,tiap2 hari minggu.. teman2 angah dri plbagai course sorg2 explain tntg bidang dyorg.. sambil tu,kluar jalan2 cari makan.. tp Alhamdulillah,syukur sgt.. Oxford ni mmg pnuh baraqah.. umat Islam di merata-rata.. makanan halal senang di cari.. lps mkn,cam besa la aku jga teman2ku yg laen berposing sakan mengukir kenangan Oxford ntk di bawa pulang ke tanah air kami yg tercinta.. tp dlm trlepas pndg,skelip mata je digital kamera kami di curi time duduk bersantai bersama.. mmg xperasan lgsg bila diambilny,tup tup "bling".. hilang.. tu 1 hal, lg skali diserang demam plak kat sane.. Alhamdulillah,xlame 2 hari je.. n plg33333 syukur sngt,kak2 n abg2 senior dtg ziarah.. terharu biru rase.. mane x nye, dyorg la yg slalu suh arwah angah kim salam kat aku dlu.. maen balas je time tu.. xknl pon.. skali mmg depan mata.. hehe.. mmg baek.. btol2 baek kwn2 angah ni... macam arwah Aiman,sahabat dunia akhiratku.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirinya.. Semoga awak bahagia di sana.. ameen..

Malam2 pula ad je perkongsiaan ilmu sama ada antara kami,jga persatuan Islamic society tu.. tp xkerap la ngn persatuan tu.. skurg2nya senang je solat berjemaah,tenang,aman n damai.. bgaikan mimpi bla dh berpijak ke sana.. bnyk kenangan dh kami ukir.. kdg2 kenangan yg indah itu xterungkap oleh kata2.. susah,xtau nk ckp cmne.. tp mmg indah la.. even,pics2 kami tu dh xdpt diselamatkn,xkcewa pn.. hp ad,guna yg tu jelah.. huhu.. Apepn,kenangan itu buat kami btol2 merindukan saat yg dilalui.. n hati ini slalu je gatal ntk berkata-kata.. "alangkah indahnya arwah angah masih hidup,sekurang2nya kegembiraan yg kulalui ini dpt kukongsikan bersamanya".. smoga arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah ke atasnya.. ameen.. Al-Fatihah..

Buat angah,
Angah..
Adik dah berjaya..
Berjaya tunaikan impian angah..
Terima kasih atas segala doa dan dorongan angah selama ni..
Angah mmg da best!!
Syukran Ya Allah..
Syukran lillah..
Mengenalinya suatu rahmat bagiku..
Aku menyayanginya kerana-MU..
Tiada rase cinta n kasih sayangku terhadap seorang abg ni..
Selain semata-mata kerana-MU..
Ameen Ya Allah..
Ameen Ya Rahman..
Ameen Ya Rahim..

Muhasabah : MESEJ adalah pintu ZINA



suatu petang di sebuah kediaman..


aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..


adikku lalu memulakan bicaranya : "abang, leh adik bertanya?"


aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..


"ada apa dik?"


adikku tersenyum keriangan : "abang, abang pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"


aku tersenyum dan mengangguk..


adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu bang?"


aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"


kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..


kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"


aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"


adikku mengeleng : "tak tahu"..


aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..


Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..


seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..


adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram bang?"


aku tersenyum : "mesej"


adikku berkerut : "kenapa bang, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun bang, macam mana boleh dikatakan haram?"


aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya abang segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya, abang jawablah"


adikku terus mencelah : "eh, kenapa bang?"


aku terdiam seketika dan menjawab : "abang dulu pun pernah main mesej dengan perempuan bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"


adikku mengeleng : "tak boleh macam tu bang, abang ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, abang juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu bang?"


aku tersenyum : "bagus adik abang ni..baiklah..


perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..


tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...


Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..


namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"


adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya bang?"


aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam abang dah lah, abang ni jahil dik, jahat pulak tu"


adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu bang, kalau abang jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik abang, tak gitu bang? dan lagi satu, abang juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"


aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"


wallahua'lam..





P/s : copy n paste from http://ambo21.blogspot.com/

Sunday, October 10, 2010

Jalan Ku Pulang..

Unic - Jalan Ku Pulang

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku


Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga


Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

~DiAlAh JeLmAaN BiDaDaRi SyUrGa~




























Ya Allah,jadikanlah kami acuan bidadari Syurga Firdaus-MU..

Friday, October 8, 2010

Langkah Tercipta..



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Wednesday, October 6, 2010

Jagalah Dirimu Semula..





Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.





Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.





Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa.