Thursday, October 14, 2010

Terima kasih Tuhan.. akan KETENANGAN itu..

Tuhan,
Ujian-MU hebat..
Hingga aku hampir tersungkur..
Menjengah rasa putus asa..
Tatkala keimanan semakin tipis..
Hilang dihanyut fitnah manusia yang menggila..

Tuhan,
Aku hamba yang leka..
Aku hamba yang lupa..
Aku hamba yang alpa..
Kasih-Mu tidak pernah pergi..
Hanya aku yang perlu mencari..
Setiap ruang..
Setiap sudut..
Dari mata hatiku yang satu..

Terima kasih Tuhanku,
Tatkala aku temui..
Agungnya kasih sayang-Mu..
Tatkala aku merasai..
Damainya ketenangan hatiku..
Memberi aku kekuatan..
Membawa aku ketabahan..
Mengharungi mehnah itu..

Terima kasih Ya Tuhanku,
Rintihan cintaku pada-MU..
Sentiasa KAU dengar..
Sentiasa KAU sahut..
Sentiasa KAU ingatkan..
yakni
KESABARAN..
KETABAHAN..
tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh
HATI yang sentiasa bersama-MU..

Semoga KEBENARAN yang KAU simpan,
Terbuka jua..
Bagai membuka mata setiap manusia..
Yang sibuk memburu nafsu..
supaya
BERTAUBAT..
MEMOHON AMPUN KEPADA-MU..

3 comments:

  1. may Allah bless u

    ReplyDelete
  2. indah puisi ni. sebak ana bacanya ~ Jannah

    ReplyDelete
  3. moga awk tabah.. may Allah bless you

    ReplyDelete