Friday, September 10, 2010

Akhirnya.. Kau pergi jua.. =(.

Ya Allah..
Ramadhan yang diharap..
Begitu sempurna untuk kali ini..
Begitu indah kulalui..
Bagitu sayang ku tinggali..
Ya Rabbi..
Apakah Ramadhan kali ini..
Ramadhan terakhir bagi diri ini??
Begitu indah hamba lalui..
Seumpama memberi harapan baru untuk pertama kali..
Ya Rahman..
Sungguh hamba akui..
Begitu banyak ujian diri ini lalui..
direndah..
dihina..
dicaci..
Seumpama hamba seorang wanita yang tiada pegangan diri..
Tapi,
Sungguh..
Syukur Alhamdulillah..
saat hamba menerima dugaan-MU..
Hamba terasa kekuatan dalam mencintai-MU..
biar berkali hamba dimehnah..
biar beribu kali hamba dicaci..
hanya satu yang hamba yakin..
yakni..
Keyakinan hamba terhadap-MU..
kerana..
JANJI-MU JANJI YANG PASTI..
Terima kasih Tuhan..
Ramadhan kali ini..
banyak merubah diri hamba..
DAN..
kerana ini..
hamba berani bersumpah atas nama-MU..
kerana KESABARAN..
kerana KEBENARAN..
kerana KEYAKINAN..
terhadap-MU TUHAN..
YANG MAHA MENGETAHUI..
Sungguh Ya Allah..
Ramadhan kali ni..
banyak merubah diri ini..
untuk setia n cinta kepada YANG SATU..
Tuhanku..
alangkah indahnya..
Ramadhan yang ku raikan ini berpanjangan..
alangkah indahnya..
Ramadhan yang ku rindukan ini bersama setiap masa..
Tetapi..
harusku mengerti..
pada akhirnya..
kau mesti pergi..
tinggalkan kami..
untuk ingatkan kami..
sabar menunggu..
hadirnya kau kembali..
Ya Ramadhan..
Semoga kehadiranmu kali ini..
Bukan terakhir bagi diri..
Semoga..
Cintaku pada Ramadhan..
Sentiasa mekar di taman hati suci..

Monday, July 26, 2010

Rinduku padamu Ya Ramadhan..

Ramadhan,
Teramat rindu hati ini padamu,
Yang membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cintaku pada Ilahi..


Ramadhan,
Hadirmu amat kunantikan,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin..




Ya Allah..
Apakah Ramadhan kali ini..
masihku temui??
Masih ada kesempatan diri ini untuk terus bersama-MU??
Dapatkah aku bersamanya lagi??
Berpuasa menahan segalanya..
Hadir terawih bersama mensyukuri setiap kejadiaanMU??
Titisan taubat di satu pertiga malam??
Menanti Al-Qadar-MU yang penuh indah??


Tuhan,
Basahnya pipiku setiap kali hadirnya seruan-MU..
Ramadhan yang sememangnya ku nantikan..
ku rindukan..
Hingga..
tidak dapat kuberkata betapa syukurnya diri ini akan seruanMU..


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..

Biar lahirku selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa..

Buatmu wahai mujahidah ISLAM..





Wanita…….
Diraut wajahmu penuh kelembutan
tutur bicaramu penuh hikmah
langkahmu seiring dengan lelaki
dalam menengak kalimah Allah…..


Senyummu dalam perjuangan
tidak pernah utuh walaupun
menghadapi tomahan manusia
yang tiada tahu beriman
pada yang maha esa……..



Titipan seribu demarga
menghiasi sifat budi
perkerti, kalaulah
siti khadijah
penyeri baginda bila
suamimu di cerca dan
di hina dalam masyarkat
yang jahil…..


Tiada siapa yang boleh
mendampinggimu,ketabahan
dan kesabaran yang jitu
yang lahir dari dalam
jiwamu…..




"Seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

MeNaNTi CiNtA-MU..



Tidakku sedari, tidakku mengerti,
Hadirnya dirimu, Sufi,
Mencipta memori..

Tidakku fahami, tidakku pasti,
Apakah perasaan ini,
sesuatu yang terbit di sanubari..

Kini..
Timbulnya mentari hingga malam hari,
Ku bertanyakan Ilahi,
Ku soal hati, Ku selami nurani.

Namun..
Tuhan ingin menguji, tabahnya hati,
Bintang hatiku pergi, tidak lagi di sisi,
Harapan ku mati, gugur ke bumi,
Bicaraku terhenti, tinggal misteri.

Hilangnya dirimu, bersama mimpi,
Tersentak aku dari fantasi,
Dan kini, yang pasti, realiti,
Kasih belum termiliki...

Sepi!
Aku sendiri.
Masih berlari.
Menempuh perjalanan yang sunyi ini.

Tuhan,
Ku masih menanti.

Ya Allah,
Aku Lelah!
Aku Pasrah!

Tuhan,
Ku ingin seperti mawar berduri,
Sesegar embun pagi, seharum kasturi,
sehangat matahari, seindah pelangi.

Tuhan,
Tidakku peduli lagi,
cinta duniawi,
Walaupun sendiri,
Biar pun pertama di hati,
Biarkan lah mati untuk terakhir kali.

Tuhan,
Berikan lah aku kunci,
Untuk mencintai,
Untuk mendekati,
Dalam meneguk kasihMu nan suci,

Kini aku pasti,
CintaMu penuh erti,
Cinta yang hakiki...

Amin, Ya Rabb...


Tuesday, July 20, 2010

Telah kupilih jalan-MU TUHAN..


Tuhan..
Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan


Untuk itu

Aku tinggalkan dirinya padaMU

Sesungguhnya..

aku bertawakkal kepadaMU Ya Allah..


Tidak ada suatu binatang melata

melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

Saturday, July 17, 2010

Takdir yang dituliskan buatku..

Hari ni kuberbicara….
Bicara yang amat halus…
Monolog antara aku dan aku…..

Kukatakan pada DIRIku…
“apakah engkau tahu,betapa sayangnya Dia padamu?
betapa sayang dan rinduNya padamu?”

Lalu aku menjawab:
“Ya, kurasakan dan kunikmati rasa kasih sayang dan
rinduNya padaku”


Aku bertanya:
“Apa buktinya engkau rasainya, sedang pintamu yang berkali-kali itu
belum
Dia iyakan?”

Kukatakan pula:
“Aku yakin akan kasihnya, aku redha segalanya,
kerana kutahu..
rindunya Dia padaku hingga dibiarkan aku merayu-rayu meminta padaNya,
mengharap padaNYA
YANG Esa,

agar makin kukuh
kasihku padaNya,

agar aku tidak berputus asa…

kerana kujuga tahu…
aku perlu yakin akan...
takdir yang Dia tuliskan buatku….




Alhamdulillah..

Akanku Jejaki Cinta Yang Hakiki..

Titian Kasih Ilahi Pictures, Images and Photos



Wahai Kekasihku,

andai hatiku jauh dariMu

Ingatkanlah aku tentang pertemuan kita dalam surat cintaMu

Agar aku kembali dekat denganMu

Andai diri ini mengagungkan cinta hambaMu


Tegurlah aku sesungguhnya cinta-Mu adalah cinta yang hakiki

Agar aku tidak lagi menduakan cintaMu

Saat kaki ini melangkah tanpa redhaMu


Peringatkanlah daku wahai Kasih tentang matiku

Agar kembali tertuntun langkahku menuju JannahMu

Akan daku sambut kasih-Mu wahai Kekasihku


Dalam hening malam penuh syahdu

Namun alangkah hibanya ku rasa

Andai malam ini bukanlah daku menjadi tamu pilihanMu

Siapa yang tidak cemburu

Andai insan lain dapat sambut cintaMu


Wahai Kekasihku

Sedangkan aku???

Langsung tidak mengendahkan kehadiranMu tika saat itu

Duhai hati yang berbolak balik

Diamlah kau di sana

Agar aku sentiasa bisa merasakan rindu dan cinta Kekasihku

Agar aku mampu sambut cinta-Nya

Saat dingin setiap malam


Ya Khaliq,

sungguh Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Suburkanlah hati ini dengan ma'rifatmu

Agar diriku sentiasa terpandu menghala tuju yang satu

Ilahi..Anta Maqsudi..Wa Ridhoka Matlubi..!