Suke ye kucing ni?? meh sini, sy dah datang ni =).. syukran to kak Eeya 4 the cute pic..
Xtau nape rase nak postkan video ni.. Teruja sangat rasenya bla dah tau sedikit sebanyak tentang tempat ekskavasi arkeologi yang akan kami lakukan di tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah bermula 8-22 Mei nanti.. Melihat video ni pn dah bleh agak mesti tido lam khemah 2 minggu ni.. Apepun, bla dah ada minat yang mendalam terhadap bidang arkelogi ni, cabaran ape pun InsyaAllah akan sedia kami tempuh.. Moga segala yang telah dirancang diperolehi keberkatan dan kemudahan di sisi-NYA.. ameen.. =).
Mestica - Wajah Suci..
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan di buang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Aku terpana melihat msg dari insan ini.. SubhanAllah.. betapa kagumnya diri ini terhadap seorang anak yatim piatu itu.. Anak soleh sekecil ini sudah dididik mengenal Penciptanya Yang Esa.. Dy rase ketakutan akan dosa-dosa yg dilakukan.. Dy merasa suka bila kerjakan solat2 sunat selain solat yang wajib dilakukan.. Dy diajar dan belajar dalam usaha mencari REDHA-NYA..
Pernahku tanya dirinya,mungkin soalan ini agak sensitif.. tp,perasaan ingin tahu juga usahaku menyelami perasaan si kecil ini,aku cuba juga.. n ini hasilnya :
Adik Irfan : Ala akak ni, Irfan cool je.. bleh.. (tersenyum)
Aku : Akak tgk adik senyum je.. cute.. adik suka tinggal di rumah anak yatim ni??
Adik Irfan : Irfan kan cool.. mestilah suka ramai kawan.. Irfan pun sedih juga kak, Irfan dah xada mak n ayah.. Irfan anak yatim piatu.. Tapi ustazah cakap, Irfan ada Allah..ibu (pengetua rumah anak-anak yatim) cakap mak ngan ayah excident mase nak pergi ke hospital.. Mak nak melahirkan adik Irfan.. tp adik Irfan meninggal dlm perut mak mase kemalangan tu..
dy sambung lagi..Adik Irfan : kak nak tau x?? Irfan sayang mak ngan ayah.. Irfan ingat pesan akak, kalau kita sayangkan mak ngan ayah kita,kita kena jadi anak yang baik,selalu sedekah Al-fatihah untuk mereka.. betul kan kak?? dulu abg Aiman selalu ajar Irfan baca Al-Fatihah.. Irfan dah pandai hafaz dah kak.. Bila abg Aiman nak datang kak?? dah lama abg x tengok kami semua.. Irfan nak abg ajar Irfan baca surah yaasin..
Kata-kata dy buat ak terdiam seribu bahasa.. kagum sgt.. anak sekecil ini tahu Allah selalu ada untuknya.. mampukah ak sepertinya ??..
1) Bila bersolat sunat taubat, gunakan satu nafas untuk satu ayat dalam satu perbuatan.. InsyaAllah, akan ada rase kelainan pada hati, perasaan juga kesedaran diri kita..
2) Bila berzikir,letakkan kedua-dua telapak tangan di dada.. Rase tenang je bila mengalunkan zikr Allah..
InsyaAllah, moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat ubah kita untuk sentiasa dekatkan diri kita pada-NYA melalui hati n jiwa kita.. InsyaAllah.. =).