Wednesday, September 14, 2011

Daku rindu alunan bacaan ayat suci Al-Quran darimu, IBU

Ibu,
Tidak akan pernah kulupakan detik itu..
Ketika alunan ayat suci Allah dikau alunkan..
Hatiku gugup..
Hatiku sayu sangat..
Waktu itu..

Ibu,
Entah kenapa..
Anakmu merindukan saat bersamamu..
Bersimpuh di depanmu..
Mendengar bacaanmu..


Ibu,
Mungkinkah itu terakhir kali daku mendengarnya??
Mungkinkah anakmu masih berpeluang untuknya??

Saturday, July 16, 2011

Janji Sahabat..

Ya Allah, sayuny malam ni.. 15 Syaaban yang cukup syahdu.. ada kenangan yang tersingkap di sebalik tarikh Allah ini.. ada sebuah janji yang terlafaz di sebalik malam yang agung ini..


'Ana, Irfan dah semakin besar..

Dah semakin nakal..

Man risau adik kita ni terlalu manja..

Man nak Ana janji..

Jaga adik baik2..

Bimbing dy semampu Ana..

Man risau Man xsempat lakukan semua ni..

Man harapkan Ana..

Janji ngan Man'




'Man, Ana dah cuba sedaya yang mungkin..

Tunaikan janji Ana pd Aman..

Didik adik kita sebaik mungkin..

Sekarang,

Ana serahkan tanggungjawab ini pada Aman..

Jaga dia di sana..

InsyaAllah,

moga didikan Ana padanya..

membuatmu tersenyum di sana..'




Kuingin bertemumu bila tiba masaku nanti..

Sunday, May 22, 2011

Kakak, Irfan nak pergi jauh ni..

Ya Allahu Ya Rabbi .. Ya Allahu Ya Rabbi.. Ya Allahu Ya Rabbi .. Ya Allah ~ ( Wali Band- Ya Allah)..
Ringtone Myiman ku berbunyi.. panggilan masuk.. sebaik je on butang hijau ni,,
"Assalamualaikum kakak, Irfan ni.. Rindu rindu rindu rindu rindu (banyak kali perkataan azimat itu diulangnya).. Sekali berbunga mekar kegembiraan n ketenangan di hati sang kakak yang juga begitu merindukan buah hati yang sudah lama tidak bertemu.. yang dipinta biarlah silaturrahim ini kekal, kasih dan sayang hanya kerana-NYA..
Irfan : kakak rindu Irfan x?? bulu mata Irfan tak gugur pun.. hehe
kakak : karang gugur betul2 baru tau.. mesti x kiut dah adik kakak ni kan?? haha.. mesti la org di sini rindu orang di sinun.. haha..
Irfan : Ala kakak ni.. Irfan cakap betul2.. kak, Irfan nak jumpa kakak..
Kakak : ye, akak pun ckp betul2.. oo x caye ek?? hehe.. dik,bila nak datang lawat akak ni?? mcm mana family ?? semua sihat?? adik??
Irfan : mestil la Irfan caye kakak.. Kakak kan kakak Irfan.. Irfan sihat.. semua sihat.. banyak Irfan makan. kak Yati ngan kak Mim selalu bawa Irfan jalan-jalan makan makanan laut. ada sotong,ikan,kerang,udang,ketam,, banyak.. kenyang Irfan.. kakak,Irfan nak bagi kakak hadiah ni. Kakak jangan cakap apa2,kakak dengar je.. Boleh?? Janji ye??
Kakak : Ade2 je adik ni.. ye2, akak dengar je,, janji.. lau bunyi sikit2 x boleh?? hehe
Irfan : Kakak ni.. Jangan la.. bunyi sikit je..
Kakak : Ye2.. haha..
"Bismillahirrahmanirrahim.. Yusabbihulillah( Surah Al-Jumuah )".. SubhanALLAH.. indahnya ciptaan-MU.. bacaannya cantik,, bertajwid,, merdu sangat.. diperdengarkannya ayat2 dari surah tersebut sampai habis.. kelu lidah untuk berkata2 umpama begitu setia menunaikan janji yang telah dipateri.. adeh~ ayat.. =p
Irfan : Kakak?? kakak?? kakaaaaaaaaak?? kakak ada x ni?? kakak tido ye??
Kakak : terima kasih.. buat akak nangis..
Irfan : Kenapa nangis?? Irfan minta maaf.. Kakak, Irfan hafaz surah feberet kakak ni.. Irfan xda hadiah nak bagi kat kakak nanti..
SubhanAllah.. sekali lagi aku terpana mendengar kata2nya.. InsyaAllah,cukup soleh disisi-MU Ya Allah.. Irfan hafaz surah ni..
Kakak : Terima kasih dik.. hadiah untuk kakak??
Irfan : Hadiah untuk birthday kakak nanti.. minggu lepas Irfan tengok kalendar, birthday kakak 2 Syawal ni kan?? Irfan bagi hadiah ni awal2.. Irfan takut Irfan tak sempat.. Kakaaaakk, Irfan nak pergi jauh ni.. Irfan sayang kakak.. Kakak jaga diri baik2 ye??

Ya Allah, sebak mendengar kata2 adik kecil ini.. tak pernah terlintas langsung itulah hadiah yang terakhir buatku darinya..

Usai solat Maghrib, dikejutkan berita kemalangan Irfan.. keadaannya amat kritikal.. Kekuasaan Allah padanya, tempurung kepalanya tercabut tapi mampu bertahan.. Tepat jam 6.00 pagi ,18/5/2011,, Irfan kembali ke sisi Maha Penciptanya.. Tak disangka, kata2nya memang beul2 dimaksudkannya..

Adik, moga dirimu sentiasa dirahmati-NYA di sana.. Irfan adik kakak yang soleh.. Janji Allah itu pasti.. kuyakin dirimu bahagia di sisi-NYA.. amin.. Al-Fatihah..

Saturday, April 30, 2011

JANGAN Mengeluh, BERDOAlah..





Allah tahu ape kelebihan hamba-NYA.. tidak diduga-NYA andai tidak mampu untuk bertahan..

Tidak diuji-NYA andai tidak mampu untuk diuji.. Mungkin juga kaffarah dosa-dosa yang lalu.. Alangkah indah dan beruntungnya bila diberi peringatan sebegini..

JANGAN MENGELUH!! BERDOALAH..

DIA yakin dengan kita..


-Kuingin melihatmu tersenyum..

Kuingin menjadi sepertinya.. Mampukah aku ??




Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah ??
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah saw..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah Yang Agung..
Susah dan senang rela bersama
..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah ??
Isteri Rasulullah yang bijaksana..
Menempis fitnah dunia dengan kebenaran..
Pendorong kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku Ya Tuhan..
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah..
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan ayahandanya,yang sentiasa berjuang..
Tiada memiliki harta dunia..
Layaknya dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah..
Inginku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Kuingin memiliki jiwa dan hatiku..
Setabah ummi Nabi Ismail..
Mengendong bayinya yang masih merah..
Semata mencari setitik air penghilang dahaga..
Diterik panasnya padang pasir..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan..
Pengharapannya hanya pada Allah..
Itulah wanita Siti Hajar..

Mampukah aku menjadi wanita solehah ??
Mati dalam keunggulan iman ??
Bersinar indah, harum tersebar ??
Bagai wanginya pusara Masyitah ??

25 Jalan Pintas WANITA ke SYURGA..




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah(tetap).



Monday, April 25, 2011

A'sif Jiddan..



Terngiang-ngiang bisikan IMAN pada HATI:


Ada sesuatu tidak kena dan iman tidak sedap duduk dengan apa yang berlaku.

Ya Allah aku tidak pernah meredhai perkara itu. Ampunkan aku akan setiap KESALAHAN yang telah ku lakukan terhadap-MU..



Tunjukkan aku Ya Allah.. Hamba Mu ini amatlah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah pengabdian penuh kepada-MU..

Memerlukan masa untuk bersama-MU.. M
emerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan Memerlukan masa untuk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik segala ujian ini.. Aku mengatakan aku tidak kuat, tapi KAU mengatakan aku kuat kerana telah diberi ujian ini..

Ku mohon Ya Allah, jangan dijadikan aku kuntuman 'bunga' yang layu ini.. Meruntuhkan semangat suci damainya Islam dihati ini.. Untuk itu Ya Allah, terima kasih ingatkan aku akan perjuangan akidahku.. perjuangan Islamku semata-mata kerana-MU..

Ingin ku sedar Ya Allah.. Ingin ku tatap setiap kesalahanku.. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kulakukan Ya Allah.. Aku masih mahu merasai kemanisan nikmat-Mu bersama-MU, kerana indahnya SYURGA FIRDAUSI-Mu di SANA..