Monday, April 25, 2011

A'sif Jiddan..



Terngiang-ngiang bisikan IMAN pada HATI:


Ada sesuatu tidak kena dan iman tidak sedap duduk dengan apa yang berlaku.

Ya Allah aku tidak pernah meredhai perkara itu. Ampunkan aku akan setiap KESALAHAN yang telah ku lakukan terhadap-MU..



Tunjukkan aku Ya Allah.. Hamba Mu ini amatlah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah pengabdian penuh kepada-MU..

Memerlukan masa untuk bersama-MU.. M
emerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan Memerlukan masa untuk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik segala ujian ini.. Aku mengatakan aku tidak kuat, tapi KAU mengatakan aku kuat kerana telah diberi ujian ini..

Ku mohon Ya Allah, jangan dijadikan aku kuntuman 'bunga' yang layu ini.. Meruntuhkan semangat suci damainya Islam dihati ini.. Untuk itu Ya Allah, terima kasih ingatkan aku akan perjuangan akidahku.. perjuangan Islamku semata-mata kerana-MU..

Ingin ku sedar Ya Allah.. Ingin ku tatap setiap kesalahanku.. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kulakukan Ya Allah.. Aku masih mahu merasai kemanisan nikmat-Mu bersama-MU, kerana indahnya SYURGA FIRDAUSI-Mu di SANA..

4 comments:

  1. Sabarlah hati tabahlah wahai diri

    ReplyDelete
  2. Amin...gOoD lUCK paper Arkeologi pg ecok... all the best dear... paper yg ditunggu2 gituk.. (^.^)... - Lia

    ReplyDelete
  3. Fiza : syukran..

    Ema : heee~ sy ke semangat kuat sokmo.. ad awop lg la bersemangat sy.. =).

    Lia : rase nk exam skali lg je.. nk rase balik detik2 ketakutan yg teramat nk jwb paper 1st subjek minor ni.. cne tadi?? bereh?? lenguih tangan2 beta mengarang... 300 markah tu.. adeh~ hope kita dpt result yg terbaek.. =).

    ReplyDelete