Tuesday, April 5, 2011

Tangisan Jiwa Seorang Anak..



Tuhan..

Tidak dipinta duniaku begini..

Tidak diminta kasih-sayangku dibalas begini..

Aku mahukan kehangatan kasih-sayang kedua ibu dan ayahku..

Aku mahukan cinta insan yang bergelar ibu dan ayah terhadap diriku..



Ibu..

Kenapa bu??

Kenapa kau buangku??

Apa salahku, ibu??



Ayah..

Dimana engkau,ayah ??

Dimana dirimu??

Kenapa kau siakanku??




Ya Allah..


Aku rindu kasih dan sayang-MU..

Melalui kedua-dua insan yang dianugerahkan kepadaku..

Ibu dan ayah..

Aku merindukan kehangatan cinta dari mereka..

Membelaiku dengan kedua tangannya..

Mencium pipiku..

Menidurkanku..



Ibu.. Ayah..

Salahkah aku dilahirkan di dunia ini??

Salahkah aku menagih cinta ini??

Salahkah aku, ibu?? ayah??

Selama 9 bulan kau mengandungkanku..

Selama 9 bulan kau membawaku..

Tidakkah kau mahu melihat diriku setelah itu??



Kenapa ibu?? Kenapa Ayah??

Kenapa kau membenciku??

Kenapa??

Kerana aku anak harammu??

Kerana aku bukan halal bagimu??

Sedang kau tahu,ibu..

Kau mencintai ayahku..

Sedang kau tahu,ayah..

Kau mencintai ibuku..

Aku terhasil dari cintamu..



Ibu.. Ayah..

Sungguhpun kau membencikanku..

Sungguhpun kelahiranku bukan kebanggaanmu..

Aku pinta padamu..

Jangan diulangi perbuatanmu ini..

Kerna aku..

Tidak sanggup melihat azabmu di akhirat..

Tidak sanggup melihat adikku jua diperlakukan sepertiku..

Tidak sanggup melihat kau terus-terusan di dalam kemurkaan-NYA..

Seuumur hidupmu..


Untuk itu,

Aku memaafkanmu..

Terima kasih melukakan hatiku..






3 comments:

  1. Je, karang sdiri ko nih??? weee weet, jiwang jgok dy... huhu

    ReplyDelete
  2. yup,karang sdiri.. pewwiit, nk wat cne,lembut sgt hati ni.. terjiwang lak.. haha.. shue jeles 2x.. =p

    ReplyDelete
  3. haha... ye la jeles =P..

    ReplyDelete