Friday, July 9, 2010

Peristiwa Isra' wal mikraj.. (27 Rejab)




1. Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Batu Terapung dalam peristiwa Isra' Mikraj..


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj


Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

wallahua'lam..

Thursday, July 8, 2010

Subhanallah..


cuba lihat titik-titik hitam di tengah2 pada kalimah Allah selama 10 saat
dan alihkan pandangan anda pd dinding kosong.. insyaAllah...lihatlah keajaibannya...(^_~)

Wednesday, July 7, 2010

Friend Forever..



Through tears and fights,

Through smiles, I knew everything
Would be alright,
Through love and hate,
Through betrayal and debate,
For you I would always have faith,
Being your friend as well as your
Best friend I knew
This friendship wouldn't end,
By your side I would always stand
And you'll stand by mine too,
Because that’s what best friends do,
So no matter what happens with us
In life,
Through all of the wrongs
And all of the rights,
I’m here for you to be a best friend that’s true,
Cause I love you
and
that’s what

Best friends do.

Mampukah aku??


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah??
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah??
Isteri Rasulullah yang bijak..
Pendorong kesusahan dan penderitaan..

Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku Ya Allah..
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah..
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang..
Tiada memiliki harta dunia..
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ya Allah..
Ketika aku marah..
Inginku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku..
Setabah umi Nabi Ismail..
Mengendong bayinya yang masih merah..
Mencari air penghilang dahaga..

Di terik padang pasir merah..
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah..
Pengharapannya hanya pada Allah..
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman..
Bersinar indah, harum tersebar..
Bagai wanginya pusara Masyitah..

Ya Allah..
Mampukah aku??

Monday, July 5, 2010

Camar Kelukaan..


Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan..





Friday, July 2, 2010

Maafkan adik,angah..



Angah,

Tidak pernah disangka,silaturrahim yang terbina ini terlalu cepat berakhir..Banyak perkara yang ingin diluahkan.. banyak sekali yang nak dikatakan.. Kadang2 timbul rasa putus asa dalam diri.. Semua yang adik lakukan telah disalah anggap. Kebenaran telah adik ketahui tapi apelah daya untuk menolak segala ketentuan-NYA..


Angah,

Jika digagahi diri ini untuk berterus-terang dengan segala yang berlaku,akan adik berkata kebenaran itu.. Tunjukkan yang adik tidak bersalah.. Tapi bila difikirkan,bila adik ikut kata-kata angah,Alhamdulillah satu persatu adik tahu kebenaran itu.. seorang yang dianggap kawan,rupanya batu api kepada kawan sendiri.. seorang yang dianggap sahabat,pernah lalui suka duka bersama ,tidak lagi dianggap sahabat.. dan seorang yang dianggap sahabat yang paling adik sayang,terpaksa adik lukakan perasaannya..


Memang diakui,banyak kekurangan yang ada pada diri ini.. tapi persahabatan yang pernah ada,memang sukar untuk dilupakan.. kerana sahabat itu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai buat seorang teman.. Bila perpisahan itu terjadi,adik yakin adik sanggup berpisah kerana kebenaran..


Angah,

Adik mohon maaf tidak dapat menunaikan amanat yang terakhir kalinya. Bukan adik tidak mahu tunaikan,tapi kepercayaan yang telah dibina selama ini terlalu rapuh untuk dipertahankan.. persahabatan yang dibina dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” ini terlalu cepat disudahi dengan “Innalillah” . Sungguh angah,biarpun terasa berat dgn dugaan ini, adik yakin adik dapat bangun dengan penuh semangat yang telah angah sulamkan.. Segala dorongan dan sokongan dari angah selama ini,InsyaAllah adik tidak akan sia-siakan..


Teringat akan kata-kata angah dulu..

“Ape jua yg berlaku,terimalah dgn hati yang terbuka.. Terimalah dengan redha.. Kepercayaan dalam persahabatan amat penting.. adik harus ingat,Allah takkan membebani seseorang itu selagi mana dia mampu untuk menghadapinya..”

Kata-kata angah,adik akan selalu ingatinya.. Terima kasih atas nasihat yang angah berikan..


Angah,

Bila bercakap tentang kenangan,terlalu banyak untuk dirungkaikan.. Syukur pada-MU Ya Allah.. menganugerahi hamba seorang abang yang terlalu baik.. Syukran Ya Allah.. syukran lillah..

Thursday, July 1, 2010

Pesanku Sahabat.. (A...)




Pesanku sahabat,


" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."



Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

"Maafkanku sahabat andai kita tidak lagi seperti dahulu.. apa yang kuharapkan,biarlah Allah menjadi tempat kita bergantung segala apa yang berlaku pada persahabatan kita."

"Maafkanku sahabat masih sukar untuk melupakanmu. Segala kenangan, doronganmu, semangatmu benar-benar memberi cahaya buat hidupku."

"Maafkanku sahabat, tidak lagi dapat mengajakmu di malam hari bertemu kekasih kita. Maafkanku.. "

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."



Sahabat,

Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku,

Jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku,

Jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku,


Jika dirimu masih lagi menganggap akulah pesalahnya,aku menerimanya jika itu dapat memuaskan hatimu tetapi ingatlah wahai sahabat.. aku akan sentiasa memaafkan dirimu jika terbukti aku bukan seperti yang kau anggap kerana kau sahabatku dunia akhiratku..



Maafkanku bukan sahabat yang baik buat dirimu..