Thursday, October 14, 2010

Terima kasih Tuhan.. akan KETENANGAN itu..

Tuhan,
Ujian-MU hebat..
Hingga aku hampir tersungkur..
Menjengah rasa putus asa..
Tatkala keimanan semakin tipis..
Hilang dihanyut fitnah manusia yang menggila..

Tuhan,
Aku hamba yang leka..
Aku hamba yang lupa..
Aku hamba yang alpa..
Kasih-Mu tidak pernah pergi..
Hanya aku yang perlu mencari..
Setiap ruang..
Setiap sudut..
Dari mata hatiku yang satu..

Terima kasih Tuhanku,
Tatkala aku temui..
Agungnya kasih sayang-Mu..
Tatkala aku merasai..
Damainya ketenangan hatiku..
Memberi aku kekuatan..
Membawa aku ketabahan..
Mengharungi mehnah itu..

Terima kasih Ya Tuhanku,
Rintihan cintaku pada-MU..
Sentiasa KAU dengar..
Sentiasa KAU sahut..
Sentiasa KAU ingatkan..
yakni
KESABARAN..
KETABAHAN..
tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh
HATI yang sentiasa bersama-MU..

Semoga KEBENARAN yang KAU simpan,
Terbuka jua..
Bagai membuka mata setiap manusia..
Yang sibuk memburu nafsu..
supaya
BERTAUBAT..
MEMOHON AMPUN KEPADA-MU..

Tuesday, October 12, 2010

Rinduku pada OXFORD..

Syukran lillah.. akhirnya sampai jua diriku ke sana.. walaupun hanya untuk seketika,pancaran Ilmu sentiasa tersuluh di setiap sudut walau di mana kami berada.. Ilmu di dunia mahupun akhirat.. Bila terbaca artikel di site I luv Islam (University Of Oxford-Hizami Iskandar), teringat pahit manis pengalaman di sana.. Walaupn sebulan, syukur Alhamdulillah,setiap yang berlaku semuanya dari Allah..

Sesampainya di sana,kami di sambut dengan penuh kesyukuran n meriah oleh pelajar2 Malaysia.. Alhamdulillah,even kna ckp bahasa omputih pd mulanya ngn dyorg,last2,bahasa Melayu jugak jd bahasa pengantarnya.. hehe =). Lebih best,buleh kecek bahaso Qlate lg ngn senior tu.. toce to saudara Hafiz,Fahmi,kak Hazilah jga kak Raja.. mmg 1 kpala bla masuk gang dyorg.. tambah2 1 negeri Qlate.. goce btol2 budu sane.. haha

Bla sdg bersuka,akn ad jga sdikit sbanyak duka yg melekat di hati.. rupe2nya,dlm x sdar sndirian di tgh2 kwsn pengajian itu,ak disapa oleh salah seorang teman rapat arwah angah..
Ya Allah,pilunya hati bla satu2nya hasratku selain datang menimba ilmu ke sini ntk penuhi permintaan arwah.. Ya,xsilap lg.. Saudara Haikal n kak Ana.. gugur jga air mataku di bumi Oxford ni.. Saat ak hendak datang ke sini,doa jua harapan,sungguh2 ntk mlihat cita2 arwah angah yg telah trgantung di sini.. bakal doktor hafiz.. "Al-Hafeez Tengku Muhammad Nazrin Imran".. tu gelaran yang sepatutnya disandangkan buatnya.. Tp,Allah itu Maha Mengetahui.. cita-cita angah setakat ini.. melalui teman2 arwah,bnyk diceritakan angah tentang aku n sahabat.. ke mana saje angah pergi,slalu bercakap tentang aku n sahabat.. xhenti ckp,xjemu diingat.. itulah yg slalu kak Ana gtau aku tntg arwah.. alangkah indahny ukhwah itu bla tahu menghargai setiap persahabatan yang terjalin.. Ya,kasih syg arwah,aku jga sahabat xubah seperti abg n adik2nya.. tu lah cerita kami bertiga.. =).

Hari2 kami begitu busy ngn research yg dilakukan.. trpaksa minta prtolongn senior tunjuk bahan2 rujukan.. bkn xleh wat sendiri tau,library dy luas,besar lak.. ktaorg yg bgai "rusa masuk kampung" ni lagi ler xtau pape.. lgpn,sistem pmbelajaran kat sini agak berbeza ngn pembelajaran di Malaysia.. "nothing".. smua kna cari sndiri.. nangis lagi.. Alhamdulillah,hampir sminggu jgak cari rujukan,msk lab smata2 nk faham smuanya.. ni gara2 takut nk present la ni.. hehe.. group members mmg sporting,Alhamdulillah xde susah sngt.. (^-^). Tp yg tu juz latihan besa je,skadar nk rase pengalaman di U famous ni.. Kami dtg ke sini pn,bkn ntk bljr spenuhny cam dyorg.. cam lawatan pn ad.. camtu lah.. tp strict!! huhu..

Yang bestny,tiap2 hari minggu.. teman2 angah dri plbagai course sorg2 explain tntg bidang dyorg.. sambil tu,kluar jalan2 cari makan.. tp Alhamdulillah,syukur sgt.. Oxford ni mmg pnuh baraqah.. umat Islam di merata-rata.. makanan halal senang di cari.. lps mkn,cam besa la aku jga teman2ku yg laen berposing sakan mengukir kenangan Oxford ntk di bawa pulang ke tanah air kami yg tercinta.. tp dlm trlepas pndg,skelip mata je digital kamera kami di curi time duduk bersantai bersama.. mmg xperasan lgsg bila diambilny,tup tup "bling".. hilang.. tu 1 hal, lg skali diserang demam plak kat sane.. Alhamdulillah,xlame 2 hari je.. n plg33333 syukur sngt,kak2 n abg2 senior dtg ziarah.. terharu biru rase.. mane x nye, dyorg la yg slalu suh arwah angah kim salam kat aku dlu.. maen balas je time tu.. xknl pon.. skali mmg depan mata.. hehe.. mmg baek.. btol2 baek kwn2 angah ni... macam arwah Aiman,sahabat dunia akhiratku.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirinya.. Semoga awak bahagia di sana.. ameen..

Malam2 pula ad je perkongsiaan ilmu sama ada antara kami,jga persatuan Islamic society tu.. tp xkerap la ngn persatuan tu.. skurg2nya senang je solat berjemaah,tenang,aman n damai.. bgaikan mimpi bla dh berpijak ke sana.. bnyk kenangan dh kami ukir.. kdg2 kenangan yg indah itu xterungkap oleh kata2.. susah,xtau nk ckp cmne.. tp mmg indah la.. even,pics2 kami tu dh xdpt diselamatkn,xkcewa pn.. hp ad,guna yg tu jelah.. huhu.. Apepn,kenangan itu buat kami btol2 merindukan saat yg dilalui.. n hati ini slalu je gatal ntk berkata-kata.. "alangkah indahnya arwah angah masih hidup,sekurang2nya kegembiraan yg kulalui ini dpt kukongsikan bersamanya".. smoga arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah ke atasnya.. ameen.. Al-Fatihah..

Buat angah,
Angah..
Adik dah berjaya..
Berjaya tunaikan impian angah..
Terima kasih atas segala doa dan dorongan angah selama ni..
Angah mmg da best!!
Syukran Ya Allah..
Syukran lillah..
Mengenalinya suatu rahmat bagiku..
Aku menyayanginya kerana-MU..
Tiada rase cinta n kasih sayangku terhadap seorang abg ni..
Selain semata-mata kerana-MU..
Ameen Ya Allah..
Ameen Ya Rahman..
Ameen Ya Rahim..

Muhasabah : MESEJ adalah pintu ZINA



suatu petang di sebuah kediaman..


aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..


adikku lalu memulakan bicaranya : "abang, leh adik bertanya?"


aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..


"ada apa dik?"


adikku tersenyum keriangan : "abang, abang pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"


aku tersenyum dan mengangguk..


adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu bang?"


aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"


kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..


kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"


aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"


adikku mengeleng : "tak tahu"..


aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..


Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..


seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..


adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram bang?"


aku tersenyum : "mesej"


adikku berkerut : "kenapa bang, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun bang, macam mana boleh dikatakan haram?"


aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya abang segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya, abang jawablah"


adikku terus mencelah : "eh, kenapa bang?"


aku terdiam seketika dan menjawab : "abang dulu pun pernah main mesej dengan perempuan bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"


adikku mengeleng : "tak boleh macam tu bang, abang ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, abang juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu bang?"


aku tersenyum : "bagus adik abang ni..baiklah..


perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..


tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...


Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..


namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"


adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya bang?"


aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam abang dah lah, abang ni jahil dik, jahat pulak tu"


adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu bang, kalau abang jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik abang, tak gitu bang? dan lagi satu, abang juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"


aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"


wallahua'lam..





P/s : copy n paste from http://ambo21.blogspot.com/

Sunday, October 10, 2010

Jalan Ku Pulang..

Unic - Jalan Ku Pulang

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku


Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga


Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

~DiAlAh JeLmAaN BiDaDaRi SyUrGa~




























Ya Allah,jadikanlah kami acuan bidadari Syurga Firdaus-MU..

Friday, October 8, 2010

Langkah Tercipta..



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Wednesday, October 6, 2010

Jagalah Dirimu Semula..





Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.





Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.





Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa.